Nik Omar buat sokongan Wardina naik 100 peratus infomalay12.blogspot.com

29/4/18

   
Kemunculan Nik Omar Nik Abdul Aziz di pusat penamaan calon bagi DUN Chempaka semalam ternyata mengejutkan ramai orang.

Ramai memberi tanggapan sendiri berhubung langkah anak kedua bekas mursyidul am PAS itu bertanding bawah tiket Pakatan Harapan (HARAPAN) - baik positif mahupun negatif.
Ia termasuk selebriti popular Wardina Safiyyah yang menyambut baik langkah Nik Omar itu.

Baginya, penyertaan beliau menambah lagi barisan pemimpin berkebolehan dalam HARAPAN dan  seterusnya menguatkan lagi sokongannya terhadap gabungan pembangkang itu.

"Dengan ramainya mereka yang berintelek, berwibawa dan ikhlas berjuang, kepercayaan saya kepada HARAPAN naik lagi seratus peratus...sebak pun ada.
"Terima kasih ustaz atas keputusan yang tidak mudah ini," katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Hantaran itu dikongsikan pagi ini dan turut disertakan dengan gambar Nik Omar sebagai calon HARAPAN.

Wardina sebelum ini sering berkongsi pandangannya tentang beberapa calon dalam PRU ke-14, antaranya calon BN bagi Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan - paling menonjol - calon HARAPAN bagi Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik.

Dia berharap calon HARAPAN seperti Nik Omar dan Maszlee ini dapat memberi nasihat kepada pemimpin lain dalam gabungan itu jika melakukan kesalahan pada masa akan datang.

"Kepada pemimpin HARAPAN, jangan dirobek dan hampakan kami. Pimpinlah Malaysia seadil, semaju dan sebaiknya untuk semua dan perbaiki kepincangan sistem dan bebaskan negara daripada tamak haloba dan tipu daya," katanya.

Tak terima hujah mimpi
Dalam hantaran sama, Wardina juga menegur reaksi penyokong dan pemimpin PAS dalam menanggapi keputusan Nik Omar.
"Mungkin wajar duduk seketika dan bertanya mengapa ia terjadi. Pernah tanya insan-insan hebat ini...Ada sebab kenapa mereka memilih HARAPAN. Mereka bukan bodoh dan tiada agama.

"Saya tak boleh terima hujah mimpi," katanya dipercayai merujuk kenyataan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang rakamannya disebarkan di media sosial semalam.
Dalam ucapannya selepas penamaan calon, naib presiden PAS itu menceritakan kembali perbincangannya dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentang calon PAS khususnya di Parlimen Pengkalan Chepa.

Menurutnya, Hadi menceritakan dirinya bermimpi bertemu Nik Aziz yang hanya memiliki sebelah kaki dan ditolak orang sehingga hampir rebah.
"Hari ini kita nampak (makna) mimpi itu. Orang yang lawan kita datang dari sebelah kaki (Nik Aziz) yang tiada," katanya.
DUN Chempaka yang ditandingi Nik Omar terletak dalam Parlimen Pengkalan Chepa.

"Kita kena jaga Pengkalan Chepa ini macam mana sekalipun, walau orang yang melawan kita (anggota) keluarga Tok Guru (Nik Aziz), kita letak sokongan kita pada perjuangan Islam," katanya lagi

Subscribe to receive free email updates: