[Video AGM WARISAN: Sabahan dah tak sabar pembubaran parlimen & Bertekad nak bubarkan Najib UmnoBN] SABAHAN utk Warisan bukan untuk UmnoBN yg hanya membodoh-bodohkan rakyat Sabah & PRU14 pertembungan rakyat lawan BN. infomalay12.blogspot.com

Rabu, 4 April 2018

Hasil carian imej untuk Gambar teropong MH 317
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: (MH370) Raja bomoh dakwa pesawat MH370 'tergantung' antara tiga negara
Tumpang sekole.

PRU14 pertembungan rakyat lawan BN

Pilihan Raya Umum ke-14 (PR14) bukanlah perlawanan antara Pakatan Harapan (HARAPAN) menentang Barisan Nasional (BN) semata-mata tetapi adalah pertembungan antara HARAPAN bersama rakyat menentang BN kata calon Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi kawasan N30 Paloh, Sheikh Omar Ali.
“Selaku Penolong Setiausaha Publisiti DAP Negeri Johor, saya ingin menegaskan bahawa penglibatan rakyat akar umbi khususnya pengundi berdaftar pada PRU14 ini amat penting bukan sekadar mengubah pemerintah dan lanskap sosio-politik malah bersama-sama Pakatan Harapan memastikan kelangsungan sistem demokrasi di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.
Sheikh Omar diumumkan sebagai calon mewakili DAP di kawasan DUN tersebut pada 31 Mac lalu oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Majlis pengumuman itu dibuat ketika melancarkan Pusat Pilihanraya HARAPAN Paloh di Jalan Abu Bakar yang beroperasi di sebuah bangunan kedai usang yang ditinggalkan 21 tahun lalu dan telah diubah suai.
Selain mempunyai latar belakang kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Putrajaya, Sheikh Omar merupakan bekas graduan Universiti Malaya yang aktif dalam Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) dan pernah berkhidmat sebagai Pembantu kepada Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.
Menurut beliau, pengalaman di lapangan bersama rakyat akar umbi semasa di Universiti Malaya dan ketika dalamperkhidmatan awam kementerian akan dimanfaatkan sebaiknya dalam merencana perubahan di Paloh bersama masyarakat tempatan.
Pada PRU13, calon BN Teoh Yap Kun mencatatkan kemenangan dengan majoriti tipis sebanyak 103 undian menewaskan calon DAP Shanker A/L Rengganathan yang memperoleh 7,428 dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 84.3 peratus.
Pusat Pilihanraya HARAPAN Paloh ini dibuka kepada orang ramai pada setiap hari dari jam 10 pagi sehingga jam 8 malam akan menjadi ruang masyarakat tempatan untuk berkongsikan pandangan dan cadangan bagi merencana perubahan di Paloh.
Warga Paloh juga boleh mendapatkan pencerahan dan mengikuti perkembangan semasa Pusat Pilihanraya Harapan Paloh di laman Facebook Sheikh Omar Ali (@sheikhomaralidap) dan Harapan Paloh. – Roketkini.com

Subscribe to receive free email updates: