'Saya yakin itu suara dia' infomalay12.blogspot.com

'Saya yakin itu suara dia'
Mohd Sabri (kanan) bersama rakan selepas membuat laporan di IPD Pasir Puteh, semalam.
(Ubah saiz teks)
PASIR PUTEH - Walaupun Anggota Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan rakaman suaranya tular di laman sosial berkaitan isu penyaluran wang oleh Umno kepada Pas, sepupunya, Mohd Sabri Salleh yakin itu suara Nik Abduh.

Mohd Sabri yang merupakan Ketua Pemuda Amanah Kawasan Pasir Puteh berkata, sebagai antara anggota keluarga terdekat, dia dapat mengecam suara itu.
"Saya yakin benar itu suara dia, rakaman itu mungkin disebarkan seseorang tanpa keizinannya yang menyebabkan sehingga viral dengan meluas di laman sosial," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Lebih mendukacitakan katanya, nama bapa saudaranya, bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut dikaitkan dengan menerima duit daripada Umno.

"Saya rasa terpanggil dan mengambil tanggungjawab bagi membersihkan nama baik Tok Guru yang yang turut disebut dalam rakaman itu.
"Saya bertanggungjawab untuk membersihkan nama baik keluarga terutamanya Tok Guru sendiri kerana rakaman ucapan itu jelas berunsur fitnah," katanya.

Mohd Sabri membuat laporan mengenainya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh semalam dengan harapan pihak berkuasa menyiasat dan bertindak.
Rakaman audio selama 18 saat yang dikatakan suara mirip Nik Abduh itu tersebar di media sosial sejak Februari lalu yang dikaitkan sebagai bukti penyaluran wang berjumlah RM2 juta oleh Umno kepada Pas.

Rakaman penuh audio itu tersebar minggu lepas yang mendedahkan beberapa pimpinan Pas seperti Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan dan menantu Abdul Hadi, Zaharuddin Muhammad terlibat dalam isu berkenaan.

Mohd Sabri yang juga adik kepada Setiausaha Dewan Ulama Pas, Dr Nik Zawawi Salleh, berkata, tuduhan itu sangat serius dan sekiranya benar ia bukan suara Nik Abduh, anak dan anak saudara Tok Guru sepatutnya membuat laporan polis.

"Nik Abduh sebagai anak dan anak-anak saudara Tok Guru yang masih berada di dalam pimpinan Pas lebih wajar membuat laporan polis, saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya dengan menyiasat pemilik suara dalam rakaman tersebut," katanya. Sinar

Subscribe to receive free email updates: