Video - Penunggang Motosikal Ugut Mahu Tetak Pemandu Lori infomalay12.blogspot.com


Video berdurasi 56 saat memaparkan seorang lelaki penunggang motosikal no pendaftaran BHJ 4620 sedang mengancam pemandu lori dan berlagak seperti samseng.

Difahamkan pemandu lori tersebut tersalah jalan dan sedang mencari jalan untuk membuat pusingan U .

Secara tiba-tiba pemandu lori terbabit didatangai lelaki penunggang motosikal bersama rakan-rakannya memarahi dan menengking mangsa .

Pemandu tersebut menengking semula kepada lelaki penunggang motosikal terbabit lalu suspek yang tidak dapat menerima tengkingan itu mengeluarkan parang dan mengugut mahu menetak mangsa.

Menerusi video tersebut kelihatan suspek menghayunkan parangnya ke arah cermin tingkap sisi sebelah pemandu hingga retak.

Laporan polis akan dibuat untuk tindakan lanjut. Editor: Anna

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :