Satu rakaman berdurasi 33 saat yang dirakam di sebuah taman permainan menunjukkan seorang kanak-kanak kurang upaya atau OKU yang sedang mempertahankan dirinya daripada menjadi mangsa dibuli.
Rakaman ini telah menjadi bualan hangat di media sosial Facebook apabila ianya telah di muat naik oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Nur Izzara Aishah.
Menurut sumber, kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Mohd Nor Akmal itu telah dibuli di sebuah taman permainan yang terletak di Taman Sri Kluang.
Dalam pada masa yang sama, Akmal juga turut dipercayai kehilangan telefon bimbitnya berjenama Samsung J2 yang diletakkan di dalam beg merahnya serta wang belanja yang diberikan keluarga.
Menerusi rakaman itu, kelihatan pembuli yang memakai baju berwarna hitam sedang memegang sebatang kayu membuli serta menolak Akmal yang memakai baju berwarna biru.
Manakala Akmal dalam pada masa yang sama juga turut membuka langkah mempertahankan dirinya namun dia tidak berupaya untuk melawan.
Aksi tolak-menolak juga turut terjadi di mana pembuli telah menolak Akmal dan juga turut mengugutnya.
Bagaimana pun, menerusi perkongsian tersebut wajah sebenar pembuli itu telah didedahkan kepada perhatian umum dan akaun Facebooknya iaitu Ehh Aboyy Larh juga turut didedahkan.
Setakat ini, kes ini masih lagi belum disiasat kerana ianya telah berlaku semalam. Editor: Iera