'Tidak tahu kenapa saya dibakar' infomalay12.blogspot.com

Pembantu restoran
Pembantu restoran Muhammad Khairul Anuar Abdullah, 25, (tengah) dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas rakan sekerja dengan menggunakan api tiga tahun lepas. - Foto Bernama
(Ubah saiz teks)
 
KLANG - "Saya tidak tahu apa salah dan kenapa saya dibakar," kata bekas jurujual kepada mahkamah.

Menurutnya, dia turut mengalami trauma akibat dibakar oleh rakannya, Muhammad Khairul Anuar Abdullah, tiga tahun lalu.
"Saya trauma! Berbulan-bulan saya tidak boleh bau minyak petrol," katanya  sambil menangis.

Dalam pernyataan impaknya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Klang, Emelia Kaswati Mohamad Khalid, wanita berusia 21 tahun itu berkata dia mengalami kecacatan kekal akibat kejadian itu.

"Saya tidak boleh mengangkat tangan kiri kerana kulit lengan kiri bercantum dengan badan selain kesan parut melecur di kebanyakkan bahagian badan," katanya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap terhadap Muhammad Khairul.

Sehubungan itu, Emelia Kaswati menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap lelaki berkenaan selepas didapati bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa.
Muhammad Khairul didapati bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan api terhadap mangsa.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kebun kelapa sawit, Kampung Seri Aman, Sungai Besar antara jam 11.30 malam pada 27 September 2015 hingga 12.30 pagi 28 September 2015.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Mahmoodah Abdul Latif memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh kerana kesalahan itu adalah serius selain menjadi pengajaran kepada masyarakat.

“Disebabkan perbuatan tertuduh itu, mangsa mengalami ‘second degree burned’ malah penggunaan api yang mendatangkan kecederaan parah memberi kesan kepada mangsa dan masyarakat," katanya.

Berdasarkan fakta kes, Muhammad Khairul dan wanita berkenaan pernah bekerja bersama-sama di sebuah kedai pakaian dan aksesori berjenama di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang pada 2015.  

Muhammad Khairul didakwa telah mengajak wanita itu untuk mencuri beberapa barangan di dalam kedai tersebut bagaimanapun dibantah wanita berkenaan.
Selepas beberapa bulan, lelaki iti berjumpa dengan mangsa di sebuah perhentian bas di Damansara dan memaksa wanita itu mengikutinya ke lokasi.

Ketika dalam perjalanan itu, mangsa dipukul dan dihentak kepalanya di papan pemuka kereta.
Mangsa turut dipukul sehingga pengsan di kebun sawit berkenaan sebelum diheret keluar dari kereta.

Dia kemudiannya mencurahkan petrol dan menyalakan api. Mangsa sempat terjun ke dalam parit berhampiran sebelum mendapatkan pertolongan.
Seramai 12 saksi pendakwaan serta seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pada prosiding itu, peguam bela Nizam Azwir memohon penangguhan perlaksanaan hukuman atas alasan akan memfailkan  rayuan terhadap keputusan itu.
Bagaimana pun mahkamah menolak permohonan tersebut.

Subscribe to receive free email updates: