Rahsia Gadis Dirogol Terbongkar Melalui Aplikasi Whatsapp infomalay12.blogspot.com




Seorang gadis berusia 15 tahun telah dirogol secara bergilir-gilir oleh empat orang lelaki yang dikenalinya pada 8 Mac lalu di Bandar Seri Putra.

Gadis itu merahsiakannya, bagaimanapun terbongkar selepas ibunya terbaca pesanan ringkas dia bersama salah seorang suspek melalui aplikasi whatsapp di telefon bimbitnya.

Ibu mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada 3.29 petang, Rabu lalu.

Tiga daripada suspek dipercayai adalah rakan satu sekolah mangsa dan mereka melakukan perbuatan merogol secara bergilir-gilir itu di sebuah pangsapuri pada jam 10 malam ketika mangsa melepak bersama mereka.

Kejadian itu telah berlaku seminggu lalu, namun hanya disedari ibu mangsa selepas terbaca mesej anaknya dengan salah seorang suspek.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat koyakan lama pada kemaluan mangsa.

Empat suspek yang berusia 14 hingga 21 tahun itu berjaya ditahan polis dan telah direman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 375 (b) Kanun Keseksaan. Sumber:Harian Metro , Editor:Anna

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :