Pesakit Tidur Berbantalkan Kakinya Yang Telah Dipotong infomalay12.blogspot.com


INDIA: Telah viral baru-baru ini apabila beberapa keping gambar mengenai seorang lelaki yang menjadikan kakinya sendiri sebagai bantal untuk tidur semasa mendapatkan rawatan kemalangan di sebuah hospital.

Kejadian ini dipercayai telah berlaku di India di mana lelaki terbabit yang berusia 28 tahun itu telah terbabit dalam satu kemalangan sehingga menyebabkan kakinya itu dipotong.

Akibat daripada tularnya perbuatan tersebut, seorang pegawai perubatan kecemasan, seorang doktor dan dua jururawat di Hospital Kolej Perubatan Maharani Laxmibal, Jhansi, India telah digantung tugas buat sementara waktu.

Mangsa yang dikenali sebagai Ghanshyam Singh itu mengalami kecederaan parah selepas bas sekolah yang dipandunya terbabas dan terbalik apabila dia cuba untuk mengelak sekawan lembu yang tiba-tiba melintas.

Kemalangan tersebut telah menyebabkan 25 orang pelajar dari sebuah sekolah awam di Mauranipur turut mengalami kecederaan dalam kemalangan tersebut.

Bagaimana pun, menurut pengetua kolej perubatan berkenaan, Dr Sadhna Kaushik, kaki kanan milik Ghanshyam itu tidak akan dapat disambung semula dan terpaksa dipotong kerana tisunya telah mati dan menyukarkan proses penyambungan semula.

Menurut laporan daripada Times of India, ahli keluarga Ghanshyam sama sekali tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan di hospital berkenaan.

“Sebaik sahaja kami tiba di hospital, kami lihat kaki Ghanshyam yang putus itu digunakan sebagai bantal.”

"Saya cuba mendapatkan pertolongan daripada pihak hospital namun mereka enggan membantu atas alasan kekurangan bantal," kata ahli keluarganya.

“Akhirnya, saya berjaya dapatkan bantal dari pasaraya berhampiran untuk menggantikan kakinya selepas dua jam," ujarnya.

Dalam pada masa yang sama, Dr Sadhna juga turut menyatakan bahawa pihaknya telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengenal pasti individu yang meletakkan kaki tersebut di bawah kepala mangsa. Editor: Astro Awani, Editor: S




Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :