PENJELASAN KHAIRUDDIN ISU TANAH IJOK infomalay12.blogspot.com

SAYA AKAN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG KEATAS RAHMAN DAHLAN 'OTAK UDANG' YANG TELAH MEMFITNAH SAYA SECARA SENGAJA DAN BERNIAT JAHAT!! ISU INI BERLAKU DI ZAMAN UMNO TADBIR NEGERI SELANGOR!! IANYA TIADA KAITAN LANGSUNG DENGAN DATO SERI AZMIN ALI!!
Rahman dahlan telah memfitnah saya secara sengaja dan berniat jahat!! Dia 'otak udang' tak faham fakta serta sejarah isu tanah peneroka mukim ijok!!

Sebab itu saya tak faham dengan kalangan para penasihat perdana menteri paling korup kerana mereka suka cakap bodoh tanpa usul periksa fakta!!

Saya akan berbincang secara kadar segera dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang saman malu di atas fitnah yang tidak berasas oleh rahman dahlan 'kaki bodek minda lemah otak udang!!'

Tindakan undang-undang juga akan diambil keatas chegubard yang mula-mula memfitnah diri saya dalam isu tanah peneroka mukim ijok!!

Isu ini tiada kaitan langsung dengan yab dato seri azmin ali!! 

Kes tanah peneroka mukim ijok ini mempunyai kaitan secara langsung dengan pemimpin-pemimpin umno selangor terdahulu!!

Pembelian tanah peneroka mukim ijok ini dibeli oleh syarikat mujur zaman sdn bhd pada tahun 1990an ketika tan sri muhamad taib menjadi menteri besar selangor!!

Pembelian tanah ini oleh syarikat mujur zaman sdn bhd telah diinstrumenkan oleh pemimpin-pemimpin umno selangor pada saat tersebut!!

Pada waktu itu saya tidak pernah menganggotai syarikat ini!! Saya dilantik menganggotai syarikat ini pada tahun 2009 selaku pengerusi prime utilities bhd serta fountain view bhd di mana mujur zaman sdn bhd adalah anak syarikatnya.

Komplikasi urusan tanah ini berlaku di zaman tan sri khalid ibrahim menjawat jawatan menteri besar selangor.

Tanah peneroka mukim ijok bukan milik kerajaan negeri selangor!! Ianya adalah tanah persendirian yang dibeli oleh syarikat mujur zaman sdn bhd dari para peneroka di situ!!

Ketika saya menjadi pengerusi syarikat ini; tugasan saya adalah untuk menyelesaikan masalah projek perumahan yang terbengkalai.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :