Mayat Reput Wanita Sarat Mengandung Di Temui Di Tepi Jalan infomalay12.blogspot.com


INDIA TIMUR - Pihak polis telah menemui mayat seorang wanita yang sarat mengandung 8 bulan dipercayai dibunuh kerana mahu menghalangnya melahirkan anak dalam kandungan, di Hyderabad, Telangana.


Baju Tidur berwarna merah adalah antara barangan yang diperolehi dari badan mangsa (Gambar: CEN)

Mayat wanita hamil yang sudah membusuk ditemui dalam keadaan yang dicincang hingga putus dan dibuang di tepi jalan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Vishwa Prasad berkata, pihak polis cuba mengenal pasti identiti mangsa wanita itu, yang dipercayai terbunuh kerana ada pihak yang tidak mahu kelahiran bayi dalam kandungannya.

Mayat mangsa dibuang berhampiran pusat IT yang berkembang pesat di bandar itu, di mana terdapat beberapa syarikat multinasional.

Bungkusan yang mengerikan ditemui di Kondapur Hyderabad di negeri Telangana di timur India (Gambar: CEN)
Seorang lelaki telah menemui mayat tersebut pada pagi selasa dan telah menghantarnya ke hospital untuk di bedah siasat dan pada ketika itu kehamilan mayat wanita itu ditemui.

Polis kini memeriksa beberapa CCTV di kawasan itu kerana mahu menjejaki pembunuh dan lokasi pembunuhan yang tidak diketahui.


Di antara barang-barang yang ditemui oleh pihak berkuasa dari badan mangsa adalah cincin perak, gelang warna maroon dan cincin jari tembaga (Gambar: CEN)

Wanita misteri ini digambarkan mempunyai ketinggian 5 kaki 4in, badan bersaiz sederhana dan usia sekitar 30 tahun.

Mereka mengatakan bahawa dia mempunyai wajah yang bulat dan kulit yang cantik, memakai topi merah dan mempunyai cincin tembaga di jarinya.

Polis merayu kepada mana-mana doktor, pakar obstetrik atau ahli sakit puan yang telah merawat wanita yang sepadan dengan penerangan ini untuk maju ke hadapan. Editor:Farhana

Subscribe to receive free email updates: