Cemburu Teman Lelaki Puji Gambar Wanita, Wanita Nekad Potong Kemaluan Teman Lelaki infomalay12.blogspot.com


KAZAKHSTAN-Seorang wanita telah ditahan oleh pihak polis selepas didakwa memotong kemaluan teman lelaki akibat cemburu teman lelaki nya memuji rupa paras wanita lain.

Zhanna Nurzhanova, 36, didakwa berang kerana teman lelakinya telah menghantar gambar kakaknya kepada wanita lain menggunakan telefon pintarnya.

Mangsa yang masih belum dapat dikenal pasti identitinya telah memberikan pujian tentang gambar wanita yang berada di dalam telefon bimbit tersebut.

Suspek dikatakan telah memberikan teman lelakinya pil tidur dan menunggu nya keluar dari rumah mereka di bandar Astana, ibu kota Kazakhstan.



Suspek dipercayai bekerja di sebuah salon kecantikan yang terletak di bandar itu. Selain itu suspek juga telah menyuntik ubat bius pada mangsa lalu memotong kemaluan teman lelakinya.

Nurzhanova dikatakan telah membawa mangsa ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut. Walau bagaimana pun pihak hospital yang mengetahui bahawa Nurzhanova adalah suspek yang memotong kemaluan mangsa, segera menghubungi pihak polis.

Pakar bedah cuba untuk menyambung semula organ yang terputus namun, luka nya terlalu teruk untuk diperbaiki.

Menurut laporan suspek kini didakwa hukuman penjara tiga hingga enam tahun jika dia didapati bersalah.

Insiden tersebut telah mencetuskan pelbagai tanggapan masyarakat di dalam media sosial, di mana salah seorang daripada pengguna lama sosial berkata: "Suspek kelihatan seperti membuat keputusan ini dengan begitu teliti. Dia merancang semuanya sebelum melakukan jenayah itu." Editor: Ila

Subscribe to receive free email updates: