KUALA KETIL- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tidak memainkan peranan penting dalam membantu meringankan beban guru apabila lepas tangan dalam soal infrastruktur sekolah.
Pengerusi Jawatankuasa Wang Kira-Kira Negara (PAC) Kedah, Datuk Azmi Che Husain berkata, masalah itu menyebabkan guru sering terbeban dengan tugas yang tidak sepatutnya mereka lakukan.
“Kita dapati, banyak bangunansekolah cikgu cat sendiri, malah menggunakan wang, tenaga, alternatif dan kreativiti sendiri untuk cantikkan bangunan sekolah.
Mereka terpaksa lakukan sendiri kerana tidak sanggup melihat bangunan sekolah kelihatan usang.
“Jabatan pendidikan perlu fikir dan jaga kebajikan guru. Di bawah jabatan itu ada unit pembangunan, sepatutnya unit pembangunan datang tinjau keadaan dan keperluan sekolah, jangan bagi ruang kepada guru cat sekolah, mereka juga ada tugas lain begitu ketat. JPN tidak main peranan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-30 di SMK Tanjong Puteri di sini, semalam.
Tambahnya, membiarkan guru menghabiskan masa mereka dengan perkara selain daripada mengajar tidak sepatutnya berlaku di negara ini.
“Guru sepatutnya mengajar, ini sampai cat bangunan teruklah,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
loading...