Rentetan keenganan Kerajaan Negeri Selangor untuk membenarkan pasukan bolasepak Selangor bermain di Stadium Shah Alam, Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali telah mengeluarkan satu kenyataan kelakar bersifat badut. Katanya,
Iraq itu tidak ada padang bola pun, boleh main dekat padang pasir
Mungkin ini jawapan yang sesuai bagi peminat-peminat bolasepak Selangor. Secara tidak langsung mungkin Menteri Besar Selangor memberikan analogi berikut:
Tidak perlu bilik yang sesuai untuk makan ais krim. Cukuplah sekadar di tandas atau jamban.
Penyelesaian bagi isu ini adalah bertukarlah kepada Barisan Nasional (BN) di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14. Perdana Menteri DS Najib Tun Razak sendiri berjanji Stadium Shah Alam akan dipulangkan kepada peminat-peminat The Red Giant sekiranya BN memerintah Selangor.