[Video Umno Pandainya Menipu, Melayu Tipu Melayu & PH perlu fokus utk MENUMBANGKAN UmnoBN] HARAPAN tidak rela seinci pun tanah Johor tergadai di bawah kerajaan Umno. infomalay12.blogspot.com

Jumaat 5 Januari 2018



Foto Parti Amanah Negara.
WALAUPUN SEINCI TANAH JOHOR, PAKATAN HARAPAN TETAP PERTAHANKAN
1. Hujah simplistik Dato' Menteri Besar Johor yang mengatakan bukan masalah besar tanah Johor digadaikan kepada orang luar atas alasan kerana ianya hanya 0.01 peratus sahaja daripada keluasan Tanah Johor adalah sangat tidak patriotik dan jelas tidak cintakan negara. 

2. Pejuang-pejuang terdahulu sanggup mempertahankan tanah tercinta sehingga ke titisan darah terakhir walau seinci tanah sekalipun. Kini Menteri Besar Johor seolah-olah ingin menjadi petualang kepada negara dan rakyat Negeri Johor.

3. Adakah beliau sanggup melihat sekelumit tanah di Johor digadai kepada negara luar? Adakah Kerajaan Negeri Johor tidak ada idea yang lebih bernas untuk membangun negeri sehingga sanggup membiarkan tanah 0.01 peratus itu?

4. Johor sangat berpotensi dalam pelbagai bidang yang lain seperti industi pertanian, perdagangan, perindustrian dan yang lebih terkini ialah mendepani revolusi industri keempat.

5. Jangan hadkan sumber hasil negeri dan potensi negeri kepada aspek yang akan menjejaskan kedaulatan negara amnya dan negeri khususnya.

6. Sempena tahun 2018 yang baru berkunjung tiba, menjadi misi besar kita bersama untuk menjadikan Johor sebagai sebuah negeri maju dan adil ekonominya kepada semua rakyat.

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah)/
Naib Presiden Pakatan Harapan

3 Januari 2018

HARAPAN tidak rela seinci pun tanah Johor tergadai di bawah kerajaan UMNO


Sikap Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin yang dilihat berlembut dengan pemilikan hartanah warganegara asing di negeri itu bakal mengundang padah kepada kedaulatan dan rakyat negeri itu.
Khaled seolah-olah cuba memandang ringan perkara terbabit apabila dilaporkan berkata projek Forest City yang merupakan pulau buatan berkeluasan 2,000 hektar hanyalah sekadar 0.01 peratus sahaja meliputi negeri Johor.
“Pakatan Harapan (PH) berasa amat kesal dengan kenyataan dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menyatakan projek Forest City yang merupakan pulau buatan berkeluasan 2,000 hektar hanyalah sekadar 0.01 peratus sahaja meliputi negeri Johor.
“Jika dasar pembangunan tanah yang melarang hartanah pegangan bebas dihakmilikkan kepada warganegara asing pun dilanggar, apakah masih ada jaminan kedaulatan negeri dan negara kita akan terus selamat di kemudian hari?” kata HARAPAN Johor dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (PPBM); Pengerusi HARAPAN Johor, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh; Aminolhuda Hassan (AMANAH), Hassan Karim (PKR); Liew Chin Tong (DAP).
Menurut mereka, kenyataan Khaled itu jelas amat tidak bertanggungjawab, apatah lagi dikeluarkan orang nombor satu dalam pentadbiran kerajaan negeri.
“Ia seolah-olah satu pengkhianatan terhadap kedaulatan negeri ini. Pakatan Harapan teguh berpendirian bahawa tanah air ini 100 peratus adalah milik kita dan wajib dipertahankan. Tiada kompromi.
“Kita tidak rela walau seinci tanah pun di negeri ini tergadai kedaulatannya kepada warganegara asing,” kata kenyataan itu.
HARAPAN Johor berkata, alasan Khaled bahawa Forest City bertujuan melonjakkan pertumbuhan ekonomi Johor boleh dipertikai meski pun Johor tidak memiliki sumber asli seperti minyak dan gas.
“Namun Khaled harus melihat semula sejarah. Sejarah Johor Moden yang berasaskan pertanian telah menyaksikan lada hitam, gambir, getah dan kelapa sawit telah memakmurkan ekonomi Johor satu ketika dahulu.
“Melepaskan tanah milik Johor walau sekadar 0.01 peratus sekalipun ke tangan warganegara asing untuk mendapatkan sumber kewangan hanyalah menzahirkan kelemahan Khaled dan ‘team’ beliau mengurustadbir negeri dengan baik,” kata HARAPAN Johor.
Isu melihatkan hartanah di Johor kata mereka semakin parah di bawah pentadbiran Khaled dan UMNO.
“Apa yang terjadi baru-baru ini berkaitan penukaran status bumiputera kepada bukan bumiputera yang turut memalitkan nama Menteri Besar juga masih belum dijawab.
“Nampaknya Johor dibawah teraju UMNO BN kian parah. Ditambah dengan isu Forest City, apakah masih ada jaminan untuk masa depan lebih baik buat generasi anak cucu bangsa Johor?” kata mereka lagi. – Roketkini.com

Subscribe to receive free email updates: