Nampaknya berlaku kekeliruan dalam soal sama ada Pakatan Harapan (HARAPAN) akan mengumumkan calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri mereka semasa konvensyen HARAPAN hujung minggu ini atau tidak.
Ini susulan respons bertentangan oleh pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media selepas mesyuarat majlis presiden HARAPAN, semalam.
Ditanya berulangkali, Mahathir seperti membayangkan pengumuman itu akan dibuat ketika konvensyen, namun kemudian berkata ia akan dilakukan selepas acara itu.
Ia mencetuskan laporan media yang bertentangan berhubung perkara itu.
Berikut adalah transkrip soalan wartawan dan jawapan Mahathir ketika sidang media (terjemahan daripada bahasa Inggeris):
Wartawan: Semalam anda menyebut yang kita akan tahu siapa akan menjadi calon perdana menteri untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang. Adakah keputusan telah dicapai?
Mahathir: Anda akan mengetahuinya selepas konvensyen.
Wartawan: Timbul halangan? Kerana ada laporan sebelum ini yang HARAPAN mungkin mengumumkannya semasa konvensyen, dan calonnya adalah Tun (Dr Mahathir) dan (Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail). Apa yang menghalang pengumuman?
Mahathir: Hari ini bukan masanya untuk kita umumkan. Kami memutuskan untuk mengutamakan kepentingan konvensyen, dan akan membaut semua pengumuman berkaitan perancangan akan datang di akhir konvensyen. Datanglah ke konvensyen nanti.
Wartawan: Ada keputusan hari ini (dalam mesyuarat majlis presiden) berkenaan calon perdana menteri?
Mahathir: Di konvensyen. Kita sudah sebut berulangkali kata yang pengumuman akan dibuat semasa konvensyen.
Wartawan: Jadi mesyuarat hari ini tiada perbincangan tentang calon perdana menteri?
Mahathir: Saya akan maklumkan di konvensyen sama ada kami ada berbincang atau tidak, atau kami hanya senyum antara satu sama.
Wartawan: Anwar (Ibrahim) didakwa berkata yang beliau tidak akan menyokong anda?
Mahathir: Anda boleh lapor mana-mana khabar angin yang anda dengar, tetapi kebenaran akan diketahui di akhir konvensyen.
Wartawan: Apakah kebaikan dan keburukan mengumumkan calon perdana menteri sebelum atau selepas PRU?
Mahathir: Kita tak boleh umumkan selepas PRU, ketika itu sudah terlambat. Ia mesti dibuat sebelum PRU.
Wartawan: Maka adakah (pengumuman) selepas konvensyen?
Mahathir: Antara konvensyen dan PRU-lah.
Susulan ini, Malaysiakini menghubungi beberapa sumber yang tahu tentang apa yang berlaku ketika mesyuarat semalam dan dimaklumkan yang kemungkinan besar pengumuman akan dibuat semasa konvensyen.
Kenyataan media yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu juga menyatakan "pengumuman penting" akan dibuat ketika itu.
Terdahulu, Malaysiakini mengumumkan HARAPAN dijadual mengumumkan Mahathir dan Wan Azizah sebagai calon dua jawatan tertinggi itu ketika konvensyen.
Sumber juga memberitahu Malaysiakini yang PKR mahu Mahathir dinamakan sebagai "perdana menteri sementara" namun tidak dipersetujui tiga lagi parti komponen HARAPAN.
Read More / Baca Lagi >>