Rakyat tanggung perit lima tahun lagi jika buat undi rosak infomalay12.blogspot.com

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Faiz Fadzil berpendapat undi rosak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) hanya akan memerangkap rakyat untuk terus dizalimi Umno-BN bagi tempoh sepenggal lagi.
Tindakan itu, ujarnya, hanya merugikan dan gagal mengubah nasib rakyat ketika Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sendiri mengingatkan pengundi agar memilih parti yang kurang membawa mudarat.
“Kalau tidak keluar mengundi atau keluar buat undi rosak, yang menang Najib. Yang kita marah selama ini harga barang naik, tapi datang pilihan raya buat undi rosak. Maka, yang menang nanti, Najib dan Umno-BN.
“Kehidupan yang perit akan kita tanggung untuk tempoh lima tahun lagi. Takkkan rakyat nak biar kehidupan sebegini. Sebab itu tiada pilihan lain melainkan undi Pakatan Harapan, tolak Umno-BN,” tegasnya.
Beliau berkata, reaksi mahu membuat undi rosak ekoran tidak dapat menerima pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan mendapat mandat perlu membezakan darjah mudarat antara blok pembangkang itu dengan pemimpin Umno-BN.
“Memang kita tidak boleh memaksa rakyat untuk menerima Tun Mahathir tetapi siapa mudarat paling besar antara Tun Mahathir dan Najib?
“Tun Mahathir jadi Perdana Menteri 22 tahun yang banyak membangunkan negara dan beri sumbangan kepada semua rakyat.
“Hari ini (Tun Mahathir) keluar (Umno) tubuh parti baru (Bersatu), ajak orang Umno duduk dengan dia untuk bersama Pakatan Harapan,” katanya pada Ceramah Umum Pakatan Harapan di Desa Inn, Kuala Pilah kelmarin.
Sehubungan itu, peguam berkenaan menegaskan tujuan Pakatan Harapan tiada lain untuk menjatuhkan Umno-BN seterusnya membentuk kerajaan baru di Putrajaya.
“Itu logik yang paling mudah. Umur 92 tahun, Tun masih semangat berjuang untuk rakyat. Takkan kita yang lebih muda tak mahu bersama Tun?
“Kalau kita tidak mahu terima Tun sekalipun, kita tidak boleh menghalang Tun untuk berjuang demi rakyat?
“Tiba-tiba nak kata Tun dulu pun tak betul nak lawan Najib? Apa hak kita halang? Perjuangan menentang kezaliman dan membela rakyat adalah hak milik semua rakyat Malaysia bukan milik mana-mana individu,” ujarnya.
Faiz turut mengingatkan perintah Allah tentang larangan cenderung kepada kezaliman walau sekelumit sokongan di hati sekalipun melainkan akibatnya ditempatkan di neraka.

Subscribe to receive free email updates: