Pas percaya tekad yang ditunjukkan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membantu parti Islam itu serta Gagasan Sejahtera melonjakkan lagi kekuatan ke arah pembentukan kerajaan baru di Selangor.“Khalid diakui sebagai faktor utama yang melonjakkan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU-13 yang lalu.
“Beliau juga masih mempunyai sokongan dari kalangan ahli-ahli PKR termasuk juga DAP. Ini termasuklahkakitangan awam yang berkhidmat di Selangor, begitu menghormati integriti dan efisiensi beliau,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Zuhdi, personaliti Khalid bukan sahaja disenangi oleh penyokong PR sebelum ini bahkan dihormati Umno.
“Dengan sokongan dari pelbagai pihak, Khalid diyakini boleh menarik sokongan majoriti rakyat Selangor ke arah pembentukan sebuah kerajaan baru.
“Kita juga percaya tekad yang ditunjukkan oleh Khalid untuk membantu Pas dalam menghadapi PRU 14 ini akan menambah satu kekuatan baru untuk mencapai sasaran Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di dalam ucapan beliau di Fastaqim 2.4 di Shah Alam baru-baru ini,” katanya lagi.