'Proses demokrasi kita ketinggalan' :Abdul Rashid infomalay12.blogspot.com

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman
Abdul Rashid Abdul Rahman. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mendakwa pilihan raya di negara ini dimiliki oleh kerajaan.

Katanya, berbanding proses demokrasi negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, Malaysia jauh ketinggalan.
"Saya malu dengan Thailand, Indonesia, mereka cukup demokratik, tidak ramai yang mempertikaikan sistem mereka.

"Malaysia nampaknya proses beli undi ini diterima oleh semua orang," katanya pada sidang media Kajian Persempadanan Semula Pilihan Raya disampaikan oleh Timbalan Pengerusi IDE merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, semalam.

Menurutnya, daripada hasil dapatan kajian yang dibentangkan, persempadanan semula itu nampak terlalu teruk kerana hanya memberi kelebihan kepada BN.
"Satu benda yang amat tak betul, amat bercanggah dengan semangat demokrasi dan perlembagaan," katanya.

Katanya, terdapat 16 perkara dalam proses pilihan raya demokrasi, namun hanya tujuh diamalkan di Malaysia.
"Anda bayangkan, ada lagi sembilan, misalnya mereka kuasai media, itu cara mudah dalam berkempen pilihan raya, hari-hari bantai bos saya, Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi Bersatu).
"Cadangan persempadanan semula ini idea bodoh, tapi mereka nak benarkan ia berlaku, tapi kalau di Selangor, jangan mimpi mereka boleh rampas balik," katanya.

Abdul Rashid turut memuji pelaksanaan yang dilakukan Mahathir.
Katanya, ketika bertugas dalam SPR dan di bawah era pentadbiran Mahathir, pemimpin itu begitu menitik beratkan soal prinsip.
"Mahathir ada prinsip, dia tidak akan menipu, sebab itu sampai sekarang pun dia berdiri dengan prinsip, ikut peraturan.

"Lagipun sewaktu saya dalam SPR dahulu, saya sendiri terlibat dalam merangka persempadanan semula, ia dibentuk bersama ahli-ahli lain yang kita fikir adil kepada semua pihak, terutama pelbagai bangsa," katanya.
Katanya, perkara ini sepatutnya dilihat dari sudut yang memudahkan rakyat keluar mengundi, tidak melanggar prinsip, menyenangkan orang untuk mengundi, juga memberi keselesaan.

"Sekarang banyak melanggar prinsip, kalau saya cakap macam tu mesti ada yang kata, oh.. sebab sekarang saya dah jadi ahli politik.
"Dulu tiada orang Umno masuk ke pejabat saya dan cakap apa yang perlu kami buat,  dia masuk sahaja pintu nak cerita, saya sepak terus, sebab saya ambil ia sebagai tanggungjawab," katanya.

Sementara itu, Abdul Rashid juga berpendapat, dalam konteks prinsip di Selangor, kerajaan negeri boleh mempertimbangkan untuk menambah kerusi Dun.
"Patut tambah lagi Dun, Selangor terlampau ramai pengundi, sekarang yang ada sudah  melebihi 50,000 pengundi. Tambah 10 ke 15 pun tidak mengapa," katanya.

Subscribe to receive free email updates: