Malaysiakini 4/1/17
Kenyataan itu beberapa hari sebelum berlangsungnya Konvensyen HARAPAN Ahad ini, yang dikatakan bakal mengumumkan secara rasmi calon perdana menteri gabungan itu bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14.
"Saya gesa semangat permuafakatan segera dipahat dalam wadah HARAPAN dengan mengenepikan kenyataan melampau dan terlanjur.
"Prinsip luhur inilah yang yang perlu dahulukan, manakala permasalahan lain yang tidak asasi atau mendesak dirungkai secara musyawarah," katanya yang juga ketua umum PKR.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan, HARAPAN dijangka mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon timbalan perdana menteri.
Namun, Malaysiakini dimaklumkan tiada kesepakatan sama ada Dr Mahathir perlu dinamakan sebagai "perdana menteri sementara" atau tidak.
Sumber peringkat tinggi juga memberitahu Malaysiakini yang pengumuman itu tidak akan diteruskan jika konsensus berhubung soal itu gagal dicapai dalam mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN hari ini.
Dalam laporan sama, sumber mendakwa PKR lebih cenderung dengan frasa "perdana menteri sementara", manakala tiga lagi parti komponen - BERSATU, AMANAH dan DAP - menganggap ia berisiko memberi kesan yang tidak baik kepada HARAPAN.
Read more at http://ift.tt/2EQkHYN