26/1/18
Bukan hal yang aneh ketika para bintang sepak bola menutup tubuh mereka dengan tatoo, kerana hampir semuanya mencacah tubuh. Tetapi Cristiano Ronaldo tidak tertarik melakukan hal tersebut sehingga megabintang Real Madrid itu bersih dari "noda" tinta kekal.
Ada alasan mengapa Ronaldo tidak menghiasi tubuhnya dengan tatoo. Dilansir BolaSport.com dari Sunnyskyz.com, ternyata pemain dengan sebutan CR7 tersebut secara rutin mendermakan darahnya sehingga dia tak mau mengikuti gaya para rakannya.
Di banyak negara, tatoo dapat mempengaruhi kelayakan seseorang untuk mendermakan darah kerana adanya risiko kontaminasi silang. Jarum tato dapat menularkan sejumlah penyakit berbahaya seperti Hepatitis B dan HIV, yang boleh ditularkan melalui derma darah.
"Saya tidak memiliki tatoo kerana saya sering menyumbangkan darah," kata Ronaldo kepada Diretta News.
Di balik gaya hidupnya yang glamor, Ronaldo sangat aktif dalam kegiatan sosial. Bahkan pada 2015, Ronaldo dinobatkan sebagai atlit paling dermawan.
Pada Jun 2016, dia menyumbangkan bonus juara Liga Champions sebanyak 600,000 euro untuk amal. Satu bulan setelah memenangkan Piala Eropah 2016 bersama Portugal, dia menyumbangkan bonus 275,000 poundsterling untuk Yayasan Kids Cancer.
KOMPAS.com