WEST MIDLANDS: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun mati ditikam oleh kekasih ibu nya. Kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah di Brownhills berdekatan Walsall,pada hari Sabtu lepas.
Kanak-kanak itu dikenali sebagai Mylee Billingham telah di sah kan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah akibat tikaman tersebut.
Laporan menyatakan semasa kejadian itu terdapat seorang lelaki yang berusia 54 tahun dimasukkan ke hospital akibat kecederaan di bahagian perut bagi membantu siasatan.
Menurut portal berita Skynews, pihak polis telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.15 malam, sejurus laporan itu diterima pihak polis menemui Mylee didalam keadaan yang serius akibat tikaman dan berlaku pendarahan yang banyak.
Inspektor Jim Colclough, pegawai penyiasat unit homisid West Midlands berkata, bedah siasat akan dilakukan pada hari ini untuk mencari punca kematian kanak-kanak itu.
"Kami masih lagi dalam sisatan awal,pihak kami masih lagi cuba untuk memahami mengapa perkara ini berlaku dan sebab Mylee di tikam.Pihak polis tidak mencari suspek lain bagi membantu kes ini,"katanya.
Beberapa portal berita United Kingdom memaklumkan bahawa ibu mangsa yang melaporkan Mylee di tikam oleh kekasihnya (suspek).
Suspek lelaki itu dikatakan tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak enam bulan yang lalu dan tidak pernah melihat mereka berdua di dalam rumah atau sekitar rumah itu. Editor: Ila