Sabtu lalu, majlis persandingan pelawak terkenal Abam Bocey telah selamat dijalankan di Batu 10,Gombak. Kira-kira 10,000 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga,jiran tetangga,kenalan rapat serta peminat Abam.
Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd,29,berkata dia sangat teruja apabila hasratnya untuk melihat semua orang hadir pada hari bersejarahnya itu berjaya ditunaikan.
"Alhamdulillah, ramai kenalan yang datang malah ada juga tetamu yang saya tidak kenal"
"Majlis ini turut disekalikan dengan aqiqah anak saudara dan rumah terbuka sempena Aidilfitri tahun lalu kerana saya tidak berkesempatan mengadakannya,
"Sebab itulah saya jemput semua orang termasuk peminat untuk meraikan hari bahagia saya.Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi hadir,"katanya.
Beliau yang kelihatan segak bergaya dengan busana songket berwarna merah disamping isteri tercinta Siti Nurhidayah Mohd Ali,25, amat terharu kerana majlisnya yang hampir menelan belanja RM 50,000 itu telah mendapat pelbagai tajaan dari banyak pihak."Alhamdulillah, kalau ikutkan jumlah tetamu yang hadir bukan sikit untuk pihak terbabit menaja majlis kami.Terima kasih yang tak terhingga kepada para penaja yang sudi menaja kami.Jika ada yang terkurang dari pihak saya,saya mohon maaf,"katanya.
Majlis perkahwinan nya turut dihadiri oleh Datuk Rosyam Nor dan Afdlin Shauki.
Abam turut membuat pengakuan bahawa selepas berkahwin kehidupan nya lebih terurus dengan adanya isteri tercinta.
Abam turut membuat pengakuan bahawa selepas berkahwin kehidupan nya lebih terurus dengan adanya isteri tercinta.
"Masih banyak perkara baru yang saya lalui. Dulu makan dan minum sendiri tetapi kini semua isteri yang sediakan untuk saya.
"Setiap kali sarapan juga sudah sedia terhidang di atas meja,dulu kena pergi ke kedai untuk membeli sarapan". ujarnya.
Pasangan sejoli ini telah selamat diijab kabulkan pada 8 Disember lalu di Sabak Bernam, Selangor

Bila ditanya soal bulan madu,Abam menyatakan bahawa dia belum terfikir tentang soal itu kerana jadual kerjanya amat padat.
"Sekarang belum boleh fikir soal bulan madu lagi kerana banyak lagi kerja yang perlu saya selesaikan,lagipun cuti isteri saya sudah habis.
"Tetapi saya ada perancangan untuk bawa isteri dan emak menunaikan umrah tahun ini,"katanya.
Menyentuh soal anak, Abam tidak merancang malah dia menerima sahaja rezeki yang Allah berikan.
"Cepat atau lambat itu semua kerja Dia. Saya tak menolak rezeki yang tuhan berikan. Saya terima sahaja dengan apa yang Allah berikan,"katanya lagi.
Abam tidak pernah menghalang isterinya untuk bekerja kerja, malah itu lebih baik dari dia duduk di rumah atau perlu mengikuti saya ke acara seni dan menunggu berjam-jam di situ.Saya merestui apa jua yang di lakukannya. Editor: Ila