Surat Terbuka Buat @ShilaMajid infomalay12.blogspot.com



As Salam Shila,

Saya merujuk kepada keluhan anda di laman sosial Twitter. Pertama, berkaitan dengan harga barangan terutama ikan dan sayur-sayuran, ianya bergantung kepada keadaan musim. Sekarang musim banjir, hujan dan laut bergelora. Pastinya harga naik mendadak. Apabila musim bertukar ganti kepada musim panas, pastinya harga akan kembali stabil.

Kedua, harga seperti beras, minyak masak, gula, gas memasak, ayam adalah di bawah harga kawalan dan tidak melibatkan banyak perubahan harga.

Ketiga, semenjak kemuncak populariti Shil pada tahun 1990a  hingga sekarang, purata pendapatan isi rumah telah meningkat dari hany RM1,704 pada tahun 1999 kepada RM5,228 pada tahun 2016. Memang benar harga barangan meningkat dari zaman kemuncak anda pada tahun 1990an tetapi begitu juga dengan pendapatan Rakyat Malaysia.

Keempat, untuk tukaran matawang asing, tambatan Ringgit pada tahun 1998 pada harga RM3.80 dan selepas Ringgit bebas dioerdagangkan nilainya tutut kekal pada harga sekitar itu buat beberapa lama. Kalau dibandingkan sekrang pun, nilai RM4.06 hanya lemah sebanyak 6.8% berbanding tambatan Ringgit pada harga RM3.80.

Kelima, kadar penhangguran terkini negara adalah pada kadar 3.4%, antara yang teendah di dunia. Terdapat berjuta Rakyat Asing yang bekerja di Malaysia. Sama ada Rakyat Malaysia pemalas atau tidak mahu mengambil peluang mengisi kekosongan pekerjaan ini. 

Di laman pekerjaan Jobstreet sahaja, terdapat 26,356 peluang pekerjaan yang belum diisi. Jadi tidak benar anda mengatakan "jobs are scarce".

Keenam, pertumbuhan ekonomi sekarang berada pada kadar 6.2% untuk suku terakhir tahun ini. Kadar ini pastinya antara yang tertinggi di rantau ini kalau tidakpun di dunia. Pergilah di KLIA atau KLIA2, sektor perlancongan amat mengujakan. Bukan setakat pelancong asing melawat Malaysia malah Rakyat Malaysia amat amat berkemampuan untuk melancong di dalam dan di luar negara.

Ketujuh dan terakhir, sekiranya ekonomi Malaysia berada dalam keadaan nazak, mana mungkin jualan tiket anda di konsert tahun lepas habis dijual atau 'sold out' dalam masa yang singkat. Perlu diingat, itu konsert anda tahun lepas dan bukan oada tahun 1998.

Bukan peminat Shila Majid,

CTS.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :