Kad kesihatan tak berkesan cegah COVID-19 infomalay12.blogspot.com

Pusat Racun Negara menegaskan pemakaian kad kesihatan atau ‘health tag’ pada leher, tidak berkesan mencegah jangkitan kuman atau virus termasuk COVID-19
'Kad kesihatan' tak berkesan cegah COVID-19

Pemakaian kad kesihatan atau ‘health tag’ yang digantung pada leher, tidak berkesan untuk mencegah jangkitan kuman atau virus termasuk COVID-19.

Perkara itu ditegaskan Pusat Racun Negara melalui Facebook hari ini, memetik hasil kajian oleh Hidekazu Nishimura, yang diterbitkan Jurnal Jangkitan Persekitaran Jepun pada Julai 2017.

Melalui muat naik itu, Pusat Racun Negara memaklumkan, hasil kajian bertajuk ‘Siasatan Terhadap Kegunaan Praktikal Alat Yang Mendakwa Mengeluarkan Klorin Dioksida’ mendapati tiada kesan pembasmian kuman atau virus berlaku disebabkan kad kesihatan berkenaan, serta gas dibebaskan pula sangat rendah atau tidak dapat dikesan langsung.


Jelasnya, hasil kajian itu menunjukkan pemakaian 'health tag' tidak berkesan untuk mencegah jangkitan kuman atau virus sedia ada, apatah lagi COVID-19.

”Klorin dioksida adalah gas yang bersifat merengsa, terutama kepada saluran pernafasan bergantung kepada kuantiti dan kepekatan gas yang terdedah.

“Apa yang dibimbangi adalah kepercayaan pengguna terhadap produk ini akan menyebabkan mereka merasakan selamat dan dilindungi daripada jangkitan.

“Akibatnya, pemakai mungkin bersikap kurang berhati-hati dan tidak mengamalkan kaedah pencegahan yang terbukti berkesan seperti kerap membasuh tangan dan amalan penjarakkan sosial,” jelasnya lagi.

Ketika ini, tular di media sosial mengenai dakwaan yang mengatakan kad kesihatan dipercayai mampu menghalang individu yang memakainya daripada dijangkiti COVID-19, beserta beberapa gambar pemimpin yang didakwa memakai kad berkenaan.

Lagi berita mengenai COVID-19

Subscribe to receive free email updates: