Beliau berkata demikian dalam ucapan tambahannya sebelum merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diadakan di IDCC Shah Alam.
Pengerusi Bersatu itu mendakwa, daripada kajian dilakukan Pakatan Harapan, senarai pengundi dalam PRU13 lalu sudah diselewengkan bagi tujuan menghadapi PRU14 kali ini.
Senarai pengundi seramai 3.9 juta pada PRU13 dakwanya, terdapat senarai yang tidak mempunyai alamat, tiada rumah, tiada penghuni, nama individu yang sama di seluruh negeri dan terdapat satu rumah yang diduduki oleh dua atau tiga kaum berlainan pada satu masa.
“Nama yang popular ‘Ismail’ dan ‘Fatimah’ – sebanyak 804 Ismail bin Ibrahim; 763 Fatimah binti Abdullah; 670 Abdullah bin Ismail; 654 Ismail bin Ahmad; 608 Ismail bin Abdullah; 551 Ismail bin Awang.
“Fatimah binti Ismail terdapat 206 di Kedah, 230 (Kelantan) 104 Pahang, 360 di Terengganu.
“Sebuah rumah terdapat tiga bangsa menetap di situ. Rumah tiada langsung tetapi di rumah yang tiada itu ada penghuni. Ada rumah tiada nama jalan, mereka duduk ‘atas angin’.
“Di Negeri Sembilan di Dun Nilai sebuah rumah di Taman Melati ada 15 orang penghuni; 2 Melayu, 13 India dan 1 Cina duduk serumah.
Ada sebuah rumah di Taman Kenangan penghuninya 2 Melayu dan 12 India.
“Oleh kerana itu sekarang ini kita tidak boleh dapat senarai pengundi 2017 daripada SPR kerana mereka kata tidak ada fail (penyelewengan).
“Saya perlu dedahkan ini kerana saya nak tanya SPR kenapa ada senarai pengundi seperti ini?” soalnya yang mendapat tepukan gemuruh dalam kalangan 983 perwakilan.
Menurut Pengerusi Pakatan Harapan ini lagi, bagi senarai pengundi di Pekan yang mana kawasan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, didapati meningkat daripada 1999 sebanyak 35832 tetapi pada 2013 bertambah menjadi 80,000 pengundi, dakwanya.
“Jika kita ambil kira ‘Malaysian Official No 1′ ambil kira kelebihan undi yang dimenangi majoriti 241 undi tetapi pada 2013 dia menang 35,000 undi.
“Saya ingat jika saya ada banyak medal saya nak bagi dia `politic medal’.
“Terdapat di Pekan ini mengundi datang dari pelbagai tempat bukan sahaj di Pahang 36,000 tetapi terdapat tentera dan polis 5,000 dari lain-lain negeri 13,000, dari luar negara tidak diketahui (kerana ia dibulatkan) mungkin ada pengundi yang turun dari langit undi Datuk Seri Najib,” ujarnya disambut derai tawa perwakilan.
Justeru kata Dr Mahathir lagi, PRU14 menjadi hanya sandiwara semata-mata.
Read More / Baca Lagi >>