Pas akan mengalami kekalahan sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dan Pas di Kelantan.
“Tiga penjuru, boleh siap keranda untuk Pas,” kata penganalisis politik tersohor, Mohd Sayuti Omar dalam temu bual bersama Ketua Pemuda AMANAH Kelantan lewat petang semalam.

Pada temu bual yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Pemuda AMANAH Kelantan itu beliau berkata, semua syarat telah mencukupi untuk Pas pasti kalah dalam PRU14.
“Hanya satu jalan untuk Pas menyelamatkan diri iaitu sama ada bergabung dengan BN atau dengan PH.
“Pas kini jelas hilang kekuatan apabila berlaku perpecahan dan muncul parti baru iaitu AMANAH yang jelas kini berkembang pesat,” katanya.
Beliau yang begitu yakin parti yang 27 tahun memerintah Kelantan itu akan jatuh berkata, statistik kemenangan Pas boleh diteliti dengan jelas.
“Pas boleh jatuh sekiranya 5 peratus sahaja pengundinya dahulu keluar daripada parti itu.
“Sedangkan dalam pemerhatian saya, pergerakan keluar Pas menyertai AMANAH tidak kurang daripada 10 peratus, malah di kampung-kampung tertentu melebihi 50 peratus,” katanya.
Tindakan Pas menghina dan memusuhi ahlinya yang menyertai AMANAH katanya, menyebabkan kerosakan yang semakin teruk kepada parti itu sendiri.
“Gelaran-gelaran kotor dan tindakan keras yang tiada toleransi menyebabkan orang ramai begitu terasa Pas sekarang telah berubah berbanding dengan zaman Tok Guru Nik Aziz.
“Perangai Pas dalam isu pembelian gelap Wisma Tok Guru menyebabkan begitu ramai orang terasa biadapnya parti itu sekarang,” katanya.
Related Posts :
Muhyiddin: Akta Hasutan boleh digunakan dalam isu kuil infomalay12.blogspot.comMuhyiddin: Akta Hasutan boleh digunakan dalam isu kuil: Beliau berkata kabinet juga setuju dengan penggunaan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan… Read More...
[Video Ibrahim Ali: Pihak Polis Mesti Bertindak TEGAS] ICERD hanyalah 'kambing hitam' untuk menghalalkan matlamat politik PEMBANGKANG! UMNO DAN PAS semakin keliru dan melalut dengan tujuan berhimpun 8 Disember. infomalay12.blogspot.comAhad, 2 Disember 2018
UMNO DAN PAS MAKIN MELALUT DENGAN TUJUAN BERHIMPUN 8 DISEMBER INI
Kira-kira seminggu sebelum berlangsungnya Himpun… Read More...
Penarikan Balik Morontarium Akta Hasutan BERTEPATAN dengan Dasar Manifeso BUKAN KITAB SUCI infomalay12.blogspot.com
Oleh : Buzze Azam (Beliau Seorang Peguam)
1. Penarikan balik morotarium Akta Hasutan ini bertepatan dengan janji Kerajaan PH bahawa Manif… Read More...
Siti Kassim TERKELUAR, Geng sokong ICERD hanya Minoriti dalam majlis Peguam infomalay12.blogspot.com
24 Rabiulawal 1440H, Ahad – Keputusan pemilihan pusingan pertama Jawatankuasa Majlis Peguam yang diumumkan semalam, menyaksikan calo… Read More...
[Video Ibrahim Ali tawar diri jadi ahli RCI siasat skandal 1MDB? Ha, ha, haa] Awas! 'D Day' 8 Disember jangan gugat kerajaan...Tahniah, PERKASA dah selesai berhimpun dengan AMAN & Mufti NS pula bersuara "Elak kecoh, batalkan perhimpunan ICERD". infomalay12.blogspot.comAhad, 2 Disember 2018
Awas! 8 Disember jangan gugat kerajaan...
Mungkin selepas hafal mantra, mengunyah tempe dan lebai hirup bud… Read More...