Umno sebenarnya gadai hak Melayu di Pulau Pinang infomalay12.blogspot.com


Orang Melayu yang berada di Pulau Pinang, khususnya dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor harus sedar bahawa usaha bagi menjual tanah yang menjadi Pengkalan TUDM di Teluk Air Tawar bukannya datang daripada pemimpin Pakatan Harapan (PH).
Ia adalah hasil kerja tangan-tangan ghaib yang ada dalam kalangan pimpinan Umno sendiri bagi mengaut keuntungan dengan menggadaikan hak orang Melayu.
Demikian dizahirkan oleh bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Shariff Omar.
Menurut beliau, cadangan untuk memindahkan pengkalan tentera tersebut tidak datang daripada pimpinan PH sama ada di Pulau Pinang mahupun di peringkat Pusat.
Oleh itu jelasnya, orang Melayu harus tahu bahawa momokan mengenai hal ini yang sering dimainkan oleh pimpinan Umno di Pulau Pinang adalah bagi mengaburi mata rakyat.
Sebaliknya, mereka sendiri yang ingin menjual tanah-tanah tersebut supaya dapat mengaut keuntungan setelah tanah-tanah tersebut yang terletak berhampiran dengan pantai dapat dibangunkan dengan pusat komersial dan kodominium mewah.
“Saya mempunyai banyak bukti bahawa syarikat yang hendak memajukan projek ini juga adalah dimiliki oleh pimpinan Umno.
“Sekiranya siap nanti ia akan bernilai jutaan ringgit yang tidak mampu dibeli oleh orang Melayu apa lagi yang berada dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor sendiri.
“Yang lebih pelik ada usaha untuk memindahkan orang Melayu di kawasan perkampungan mereka di Ara Rendang yang letaknya cuma 10 kilometer dari tapak pengkalan sedia ada,” tegasnya ketika ditemui di sini dalam satu program ceramah umum di Tasek Gelugor baru-baru ini.
Beliau yang juga merupakan mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang semasa era pemerintahan BN dahulu turut berkata, pemimpin Umno sendiri yang telah mengkhianati orang Melayu.
“Kita jangan terpedaya dengan mainan segelintir pemimpin Umno yang cuba untuk memburukkan kerajaan PH dengan menimbulkan pelbagai dakwaan.
“Sehingga kini kita dapat lihat hanya beberapa kerat sahaja pemimpin Umno yang berani untuk menentang cadangan pemindahan pengkalan tersebut ke kawasan Ara Rendang.
“Sehubungan itu, orang Melayu khususnya penduduk kampung jangan terpedaya dengan mainan politik segelintir pimpinan Umno yang tamak dan haloba untuk mengaut keuntungan dengan cara pintas, ” jelasnya lagi.
Beliau juga berkata, banyak lagi pendedahan akan dibuat melibatkan pengagihan tanah dalam kalangan pimpinan Umno termasuklah tanah di Pongsu Seribu tidak lama lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: