Parti Amanah Negara (AMANAH) memfailkan semakan kehakiman hari ini untuk mendapatkan penjelasan di mahkamah dari Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif mengenai kuasa yang membolehkan dirinya dilantik sebagai hakim tambahan.
Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur oleh Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, penolong setiausaha parti itu, dengan menamakan Md Raus sebagai responden tunggal.
Beliau memohon kebenaran untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa pelantikan Md Raus sebagai hakim tambahan di bawah Perkara 122 (1A) Perlembagaan Persekutuan tidak sah, tidak mengikut perlembagaan dan sehubungan itu harus terbatal.
Abang Kerdee, yang berasal dari Sarawak, juga memohon pengisytiharan bahawa pelantikan Md Raus sebagai ketua hakim negara mengikut Perkara 122 (1A) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah, tidak berperlembagaan dan dengan itu adalah terbatal.
Beliau juga memohon kebenaran untuk mendapatkan writ of quo waranto supaya Md Raus untuk menjelaskan atas dasar dan asas apa yang membolehkannya memegang jawatan sebagai hakim tambahan atau ketua hakim negara
Writ quo warranto mensyaratkan mereka yang dinamakan perlu menunjukkan atas waran apa mereka memegang sesuatu jawatan itu.
Selain AMANAH, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Badan Peguam Malaysia juga telah mengemukakan cabaran berasingan terhadap Md Raus dan presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang telah melebihi umur 66 tahun dan enam bulan, umur bersara wajib bagi hakim.