Oleh itu amatlah penting Ahli Parlimen yang dipilih hadhir untuk menyuarakan bantahan dan mengundi bagi kepentingan rakyat yang tertindas kerana kos sara hidup yang mebebankan mereka. Itu lah harapan rakyat jelata.
Untuk catatan rekod, undian di Parlimen telah melihat 52 (dari 132 MP- Kerajaan) dari BN telah menyokong, sementara 51 (dari 84 bukan kerajaan) bukan BN menolak dan 2 berkecuali.
Ini bermakna yang hadhir dan mengundi bagi Kerajaan BN adalah 39 % , sementara dari “pembangkang” adalah 63 %. Itu adalah komitmen yang di tunjukan oleh ahli Parlimen semasa bahas KPDNKK.
Dengan kekalahan hanya 1 undi ianya menunjukkan 2 undi “berkecuali” dari Pas adalah undi penentu. Hanya lapan (8) daripada empat belas (14) ahli Parlimen Pas hadir. Enam (6) daripada ahli Parlimen Pas yang hadir mengundi untuk menolak dan dua (2) berkecuali, sementara enam (6) tidak hadhir.
Enam (6) yang hadir mengundi untuk menolak adalah YB Datuk Mahfuz Omar, YB Datuk Dr Nik Mazian N. Mohd, YB Ahmad Baihaki, YB Izani Husin, YB Marzuk Ashaari dan YB Wan Hassan W. Ramli. Yang di laporkan berkecuali adalah YB Ust. Idris Ahmad dan YB Siti Zailah. Enam (6) Ahli ahli Pas yang kanan lain tidak hadir di Dewan untuk bahas dan mengundi malam itu.
Apa yang menarik perhatian semasa sedang proses mengundi berjalan dan kelihatan BN mungkin akan kalah undian, seorang Menteri Kerajaan telah berteriak dengan kuat “lakukan sesuatu Bukit Gantang” , merujuk kepada YB Ustaz Idris Ahmad. Adakah saranan tersebut mempengaruhi undi YB Ust Idris untuk menyelamatkan Umno-BN ?
Apa yang amat mengecewakan juga adalah tindakan Speaker Dewan yang membenarkan masa yang terlalu lama untuk membolehkan sekurang-kurangnya antara tiga hingga lima orang ahli BN kembali ke Dewan untuk mengundi setelah loceng Dewan yang berbunyi telah lama berhenti.
Mengikut amalan Parlimen England setelah loceng Dewan di hentikan, pintu Dewan di kunci dan hanya yang berada dalan Dewan di benarkan mengundi. Satu terowong khas dari pejabat ahli ahli Parlimen di England di bina untuk tujuan masa yang terhad yang di tetapkan untuk masuk untuk mengundi. Mengapa Speaker membenarkan ini berlaku untuk memastikan kemenangan Umno-BN ?
Semasa pengundian sedang berjalan dan pengiraan undi di jalankan, beberapa Menteri Kerajaan kelihatan mengganggu proses tersebut dengan mencampuri urusan Pegawai Dewan yang sedang menjalankan tugas mereka.
Peranan KPDNKK dalam memastikan harga minyak petrol dan kos harga barang keperluan tidak mebebankan rakyat amatlah penting. Kesemua dari Pakatan Harapan yang hadir menolak kerana kos sara hidup yang tinggi.
Undian telah berpihak kepada BN dengan kelebihan hanya satu undi kerana dua(2) wakil Pas berkecuali. Enam (6) lagi ahli kanan Pas tidak hadir di Dewan.
Kalau dahulu Pas berkecuali undi di peringkat perbahasan Dasar Bajet kerana mereka berpendapat ada perkara yang baik juga didalam bajet.