[Video Giliran Tun M sindir Najib] Tol Bukit Kayu Hitam baharu beroperasi mulai hari ini? Kem belum siap, tapi lebih seribu anggota tentera sudah didaftar sebagai pengundi. infomalay12.blogspot.com

Rabu, 1 November 2017

Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Otai BERSIH telah menambah 2 foto baru
14 jam
Berapa kali nak kena kencing wahai Malaysia?
Bolih guna/pakai 2 bulan sahaja. 01 Januari 2018 Tol BKH dimansuhkan.
Foto Otai BERSIH.
PLUS kata perjanjian konsesi TOL Batu 3 & Sg Rasau akan berakhir 2038, dan bukan 2018. Rupa2nya perjanjian konsesi telah disambung sblm ini. !!
Maksudnya disini, dgn pengumuman dlm Bajet 2018 berkenaan pemansuhan bayaran TOL Batu3 & Sg Rasau... ia membawa maksud perjanjian akan ditamatkan sebelum habis tempoh - disini ada implikasi pampasan yg perlu di berikan kpd PLUS.
Persoalannya, brpkah Jumlah pampasan tersebut dan tentu sekali rakyatlah yg perlu membayar pampasan tersebut kpd UEM yg juga merupakan satu syarikat milik UMNO.
Haa kena tipu hidup2 rakyat !

Kem belum siap, tapi lebih seribu anggota tentera sudah didaftar sebagai pengundi

KUALA LUMPUR, 31 OKT: DAP Johor hari ini mendedahkan terdapat 1,051 anggota tentera didaftarkan sebagai pengundi di sebuah kem yang masih belum siap dibina di Segamat.
Adun Jemantah, Tan Chen Choon berkata, pendaftaran meragukan itu dikenalpasti selepas pihaknya menyemak Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga 2017.
“Adakah ini satu manipulasi untuk memenangkan Barisan Nasional (BN)?” soalnya dalam sidang media di ibu Pejabat DAP, di sini, hari ini.
“Ini yang harus dijawab oleh Kementerian Pertahanan,” tegasnya.
Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Johor berkata, pihaknya akan membuat bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selewat-lewatnya pada 6 November minggu hadapan.
“Jika (bantahan) tidak dibuat, pendaftaran tersebut akan diwartakan,” ujarnya.
Untuk rekod, bayaran sebanyak RM10 dikenakan oleh pihak SPR bagi setiap bantahan yang dibuat.
Manakala maksimum RM200 perlu dibayar kepada pihak yang kena bantah sekiranya bantahan tersebut dibuktikan tidak berasas.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong menyeru agar semua rakyat Malaysia memberikan sumbangan bagi memudahkan proses bantahan tersebut.
“Isu ini adalah melibatkan kepentingan nasional dan corak ini dapat dilihat di mana-mana, seperti contoh kem tentera yang dibina hanya untuk pilihan raya semata-mata.
“Ini adalah kes yang terang-terang nampak salahnya, ada dua lagi kem di Johor yang mana diwujudkan khusus untuk tujuan pilihan raya,” ujar Pengerusi DAP Johor itu.
Beliau turut menggesa agar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Subramaniam yang juga Ahli Parlimen Segamat menjawab dakwaan tersebut.
“Adakah beliau ada maruah sebagai seorang ahli Parlimen? Adakah beliau begitu terdesak sehingga perlu bergantung dengan pengundi hantu untuk menang pilihan raya?” soalnya.
Dalam pada itu, Adun Mengkibol, Tan Hong Pin turut menggesa agar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar tampil memberi penjelasan berhubung perkara berkenaan.
“Adakah BN terlalu terdesak ingin mempertahankan kuasanya?
“Sebab kita tahu tentera berperanan untuk mempertahankan negara kita daripada anasir luar, tetapi sekarang apa yang dikesalkan adalah BN melalui Menteri Pertahanan telah menggunakan undi tentera untuk menyelamatkan tampuk kuasa mereka,” ujarnya. – Roketkini.com

Subscribe to receive free email updates: