PENYATUAN MELAYU/ISLAM BAGI MENGELAKAN ISLAM/MELAYU DIPERKUDA infomalay12.blogspot.com

ORANG PAS MAHU ISLAM DISELAMATKAN DARI PENGARUH KUMPULAN ANTI RUU355.

ORANG UMNO MAHU SELAMATKAN BANGSA MELAYU YANG TELAH DIPECAHKAN OLEH MAMAK MAHADHIR KUTTY.

TERNYATA MELAYU UMNO ADALAH KUMPULAN YANG MENYOKONG RUU355, ERTINYA BOLEH DIJADIKAN KAWAN.

ORANG MELAYU BERSATU, TAK BOLEH DIJADIKAN KAWAN SEBAB MAHADHIR KUTY TAK SOKONG RUU355.

ORANG PAN DAN PKR JUGA TAK BOLEH DIJADIKAN KAWAN SEBAB ANTI RUU355. 

ORANG UMNO DAN PAS BOLEH BERSATU BERDASARKAN UNTUK MENYELAMATKAN AGAMA ISLAM

ORANG BUGIS ADALAH KUMPULAN MELAYU YANG TERMASUK PENDUDUK MELAYU NUSANTARA, ERTINYA KUMPULAN MELAYU JUGA MEREKA SOKONG PENYATUAN MELAYU UNTUK FAEDAH ISLAM.

SELAIN KUMPULAN-KUMPULAN YANG DINYATAKAN DIATAS MUNGKIN MENENTANG RUU355, MEREKA TAK BOLEH DIJADIKAN KAWAN DAN WAJIB DIPERANGI.

 -Pak Karamu-


 Perlu ambil serius gesaan wujudkan kerjasama

AddThis Sharing Buttons

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa UUM,Md Shukri Shuib
Md Shukri
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Kenyataan veteran Pas, Datuk Mustafa Ali berkaitan mewujudkan kerjasama parti tersebut dengan Umno perlu diambil serius kerana ia melibatkan politik orang Melayu yang juga majoriti di negara ini.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berpendapat, apa diperkatakan Mustafa membuktikan berlaku perubahan pemikiran dalam kalangan pemimpin Pas dan ahlinya agar polemik orang Islam perlu dihentikan.

“Kita lihat sebagai veteran Pas yang juga pernah menjadi pemimpin kanan Pas, Mustafa mengambil pendekatan memperkatakan tentang kerjasama dengan Umno demi kebaikan orang Islam.

"Mungkin dia melihat dalam politik mutakhir ini, wujud agenda pihak tertentu untuk memanipulasi orang Islam.

“Saya berpandangan, Mustafa cuba menghantar mesej kepada Pakatan Harapan agar tidak menjadikan orang Islam sebagai bahan polemik mereka demi kelangsungan politik,” katanya, semalam.

Jelasnya, gesaan Mustafa agar Pas menyambut cadangan daripada Umno untuk duduk bersama mencari titik persamaan demi kepentingan Islam memberi petanda bakal berlaku gegaran daripada orang Melayu.

“Pengalaman Pas ketika dalam PR cukup menyatakan motif utama pakatan pembangkang. Dalam hal ini, wabak yang cuba dibawa Harapan cuba dihentikan oleh Pas.

“Pas hari ini dilihat sebagai pembangkang kepada Harapan dan salah satu sebab kenapa mereka tidak menyertainya adalah kerana mengetahui bahaya bakal menanti umat Islam di negara ini. Ini boleh kita katakan sebagai politik realiti Pas yang cuba untuk melawan politik fantasi Pakatan Harapan,” katanya.

Beliau menyatakan, pendekatan Umno yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini berbeza berbanding era Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin menyebabkan pemimpin Pas lebih terbuka.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :