22 beranak tinggal berhimpit infomalay12.blogspot.com


Kota Bharu :  Sebuah keluarga yang membabitkan 22 individu lebih memilih untuk tinggal berhimpit di dalam sebuah rumah di Kampung Baung, Pengalan Chepa, Kota Bharu, kira- kira 10 tahun yang lalu.

Pemilik rumah tersebut Zahrah Daud,58 dan suaminya, Zulkifli Deraham,60 tahun itu didiami bersama empat anak dan menantu berserta cucu mereka.

Dia mempunyai lima anak dan empat daripadanya sudah berkahwin namun demaikian tiga daripadanya lebih memilih untuk tinggal bersama kerana kesempitan hidup yang dialami.

Zahara yang bekerja hanya menjual satay di Jalan Pengkalan Chepa lebih rela anak menantu dan cucunya tinggal bersama kerana dia tidak sanggup melihat anak serta cucu nya tiada tempat tinggal.

"Ibu mana yang tidak sedih melihat anak- anak tiada tempat tinggal , namun jika dibiarkan mereka tinggal menyewa , saya agak bimbang cucu tidak cukup makan dan minum oleh sebab mereka perlu membayar sewa rumah.

"Zainudin Zulkifli,39 anak sulung saya  hanya bekerja sebagai tukang rumah manakala isterinya tidak bekerja kerana perlu menguruskan segala keperluan enam anak mereka.

"Manakala Nor Sasilawati,35 anak kedua hanya dapat membantu saya menjual satay untuk membesarkan empat anaknya kerana suami juga seorang tukang rumah berkerja di Jeli.

"Turut menetap di rumah ni anak bongsu (Ahmad Zuhairi 26) berserta isteri dan tiga anaknya yang masih kecil. Saya juga mempunyai seorang anak yang belum berkahwin lagi, " katanya.

Anak ketiganya, Norma,31 lebih memilih untuk tinggal berasingan dengan keluarganya.

Pendapatan hasil jualan satay ini tidak pernah mencukupi untuk memebeli barangan dapur atau untuk mengisi perut mereka anak beranak kerana perlu dikongsi bersama Nor Sasilawati dan Ahmad Zuhairi.

"Kami perlu bergilir untuk menjual satay dan pendapatan yang kami peroleh daripada hasil ini perlu dibahagikan kerana anak juga memerlukan wang untuk belanja mereka sekeluarga. Hasil jualan ini tidak banyak mana, tetapi cukuplah hanya untuk makan pakai saja itu sudah memadai bagi kami sekeluarga.

"Bergenang air mata saya melihata cucu dan menantu kerana terpaksa hidup berhimpit ketika tidur di ruang tamu dalam keadaan yang tidak selesa, namun kami tiada pilihan lain kerana tidak mampu menyewa rumah lain.

"Makan dan minum lebih saya utamakan kerana cucu kian membesar dan memerlukan khasiat makana yang seimbang," katanya.

Zahrah telah menerima kunjungan dari Ketua Wanita UMNO Pengkala Chepa Zarina Md Eusope dan Presiden Kelab Media Kelantan Darulnaim (Kemudi) Mohd Zailani Abd Rahman yang juga turut hadir bersama untuk menghulurkan bantuan serta bertanyakan khabar.

Zarina menyampaikan sedikit bantuan keperluan harian dan kelengkapan sekolah kepada keluarga tersebut selain memberikan jaminan akan membantu mereka sekeluarga. Sumber: Mymetro - Editor: Ila





Subscribe to receive free email updates: