Masjid Subang Airport atau lebih dikenal sebagai Masjid Ustaz Dahlan yang terletak berhampiran terminal lama lapangan terbang Subang sebuah masjid yang terkenal, terutama bagi para aktivis gerakan Islam hampir seluruh negara.
Masjid tersebut dikenal sebagai Masjid Ustaz Dahlan, kerana beliau menjadi imam yang sangat disayangi dan dihormati jamaah.
Saya masih seperti terdengar rentak suara Ustaz Dahlan yang serak-serak basah, sedikit kelakar, menjadi imam, memberi kuliah, nasihat kepada jamaah dan ia sangat disayangi oleh ahli jamaah.
Kesedihan melanda keluarga Razak apabila rumah mereka diroboh.
Di depan masjid itu terletak rumah keluarga pegawai masjid – Abd. Razak Said dan Yaakob Abdul. Hampir 30 tahun mereka mendiami rumah itu. Di samping itu, di sudut yang lain di situ, ada gerai makanan yang sering dipenuhi oleh para jamaah, terutama pada hari Jumaat, sementara di sudutnya pula pelbagai jualan.
Semuanya ini menjadikan Masjid Ustaz Dahlan itu begitu hidup.Saya terkenang semuanya ini disebabkan terjadi kehebohan baru-baru ini apabila pihak Pejabat Tanah dan Daerah Petaling serta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hendak merobohkan dua rumah bekas pegawai masjid tersebut – Abd. Razak Said dan Yaakob Abdul kerana tanah itu hendak digunakan untuk projek baharu oleh pemilik tanah – Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB).
Di tengah kehebohan itu, saya teringat kembali masjid tersebut, Almarhum Ustaz Dahlan dan anaknya, Haji Fikri, serta juga Abd. Razak Said dan Yaakob Abdul, penggerak utama masjid itu.
Abd. Razak Said menjadi bilal, sementara Yaakob turut penggerak utama masjid itu.
Saya terbayangkan bagaimanakah jika Almarhum Ustaz Dahlan masih ada hayat dan menyaksikan apa yang berlaku minggu lalu itu. Tentu ia merasa amat sedih.
Yang pasti, mereka yang menyaksikan peristiwa tu ramai yang menitiskan air mata, terkenang semuanya.
Kedai menjual sup yang dirobohkan oleh pihak berkuasa.
Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Nor, Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz dan ramai lagi pemimpin Pas dan gerakan Islam yang lain sering berkunjung dan membrikan kuliah di masjid tersebut.
Malah sekali sekala Ustaz Fadzil beriktikaf di masjid Ustaz Dahlan itu. Yaakublah yang membawa para tokoh ini.Jamuan sering saja diadakan, tidak menuggu malam Jumaat. Ada saja yang sponsor makanan dan sangat mewah.
Read More / Baca Lagi >>