1. Scam jualan rumah mampu milik dimulakan oleh Ostard Norsham melalui syarikat miliknya Alfafa. Boy Iman berperanan sebagai duta.
2. Disebabkan oleh kelemahan pihak berkuasa mengambil tindakan, tertuduh yang dikenali sebagai Zubir Yahya dikatakan melihat peluang yang baik untuk mengumpul harta dengan menipu mangsa menggunakan taktik yang sama.
3. Zubir Yahya dengan partner Kassim Arunasalam mula mencari mangsa di Utara Semenanjung Malaysia dengan menggunakan nama syarikat Zuka Management & Resources, Zuka Properties Sdn Bhd dan Juta Kelulut Sdn Bhd.
4. Zubir dan Kassim menggunakan Ahli Parlimen tempatan untuk merasmikan majlis promosi. Salah seorang Ahli Parlimen yang terlibat ialah Ahli Parlimen Langkawi YB Dato' Nawawi Ahmad.
5. Dengan kehadiran Ahli Parlimen tempatan, peserta akan lebih senang dimangsakan oleh Zubir Yahya dan Kassim Anurasalam.
6. Setelah penipuan Zubir terbongkar, Zubir menulis skrip drama yang cukup hebat. Tiba-tiba muncul pula seorang bernama Umar yang kononnya mengambil alih ketiga-tiga syarikat tersebut untuk "menyelesaikan masalah dan memberi hak pelanggan". Nama syarikat kini ditukar kepada Juta Worldwide Properties Sdn Bhd dan Zoom Global Sdn Bhd.
7. Hakikatnya Umar merupakan orang kanan Zubir. Ketiga-tiga mereka iaitu Zubir, Kassim dan Umar terlibat dalam pelbagai scam seperti scam emas melalui syarikat Zuyrich dan scam Stevia melalui syarikat Umar Herbs.
8. Kemunculan Juta Worldwide Properties Sdn Bhd dan Zoom Global Sdn Bhd sebenarnya bukan untuk menyelesaikan masalah, tetapi memanjang talian hayat penipuan Zubir, Umar dan Kassim. Juta Worldwide Properties Sdn Bhd dan Zoom Global Sdn Bhd masih membuat iklan untuk mencari mangsa scam rumah mampu milik.
7. Apa kaitan dengan Boy Iman? Salah satu syarikat scam Zubir ialah Juta Kelulut iaitu perkongsian antara Anggun dan Zubir.
8. Anggun juga cuba nak dapat bahagian besar, maka Anggun membuat partnership dengan Boy Iman untuk mencari mangsa melalui syarikat DBI Properties Sdn Bhd.
9. Kononnya DBI Properties adalah syarikat yang membuat pemasaran kepada Juta Kelulut, hakikatnya dalam SSM hanya ada dua penama sahaja, Boy Iman dan Anggun. Segala kutipan dari mangsa DBI Properties dibayar kepada Boy Iman seperti yang diluahkan oleh bekas agent.
10. DBI Properties kini juga bermasalah, ramai peserta tertipu, namun Boy Iman cuba berlepas tangan dengan alasan dia hanya buat marketing. Hakikatnya Boy Iman dan Anggun dah kenyang makan duit haram dari peserta yang tertipu.
11. Kesemua wajah-wajah berikut semestinya perlu disumbat ke dalam penjara untuk memberi pengajaran.
12. Jika tiada tindakan, akan muncul ramai lagi Dato' X yang semestinya berani melakukan scam yang sama. Sumber: PW Community