Alyah Di Kecam Berpakaian Seperti Rahib infomalay12.blogspot.com

Kredit Gambar Astro Gempak
Kuala Lumpur -  Penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa iaitu Datin Alyah dikecam hebat selepas beliau memuat naik gambarnya yang berpakaian seperti rahib wanita.

Namun begitu, Alyah telah menjelaskan bahawa dia menggayakan skaf tersebut secara santai bagi memudahkan pergerakkannya dan tidak berniat sama sekali untuk mencetuskan kontroversi.

Gambar tersebut diambil ketika beliau menghadiri sebuah acara di ibu kota pada minggu lalu dan beliau langsung tidak menyangka bahawa isu pakaiannya itu akan diperbesarkan sehingga melibatkan agama.

"Saya sukar untuk menyanyi apabila bahagian hadapan leher saya terhalang, jadi saya memutuskan untuk mengikat skaf itu ke belakang leher seperti gaya mak cik jual pisang goreng.

"Tetapi tidak sangka pula orang melihat saya menggayakan skaf itu seperti rahib.

"Tambah pula warna pakaian yang saya pilih untuk acara itu pula cuma hitam dan putih. Padahal asalnya saya mahu imej ala-ala formal," jelas Alyah.

Alyah telah menerima pelbagai kritikan beserta komen-komen negatif daripada netizen selepas acara tersebut mengenai tindakannya yang mengenakan pakaian yang menyerupai rahib tersebut.

Walaubagaimanapun, selepas menerima keceman yang berterusan akhirnya Alyah bertindak menutup ruangan komen miliknya di Instagram bagi mengelakkan isu berkenaan diperpanjangkan.

Alyah kini muncul menerusi single terbaharu yang menggandingkannya dengan penyanyi Farawahida di dalam lagu berjudul Mengapa Harus Aku.

"Ini lagu duet saya bersama Farawahida dan saya memilihnya kerana vokal yang unik dan tona suara kami yang berbeza," tambahnya.

Muzik video lagu Mengapa Harus Aku ciptaan Alfie Alwi dan Alyah itu akan ditayangkan di Youtube pada malam ini. - Astro Gempak

Subscribe to receive free email updates: