Semalam, Rafizi Ramli telah mendedahkan nama penuh semua orang yang menyumbangkan kepada Invoke termasuk jumlah sumbangan. Rafizi Ramli berkata beliau tiidak perlu meminta kebenaran penderma kerana dia percaya penderma ini tidak keberatan melanggar privasi mereka. Katanya.
"Saya yakin rakyat Malaysia yang nama mereka disenaraikan tidak berasa malu atau mahu bersembunyi dengan sumbangan mereka, sebab itu saya ambil keputusan untuk menyiarkan rekod transaksi....." Baca Malaysiakini, di sini.
Sewaktu Rafizi Ramli perlu membayar jumlah wang saman daripada DS Dr Mohamad Salleh Ismail dan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) berjumlah melebihi RM300,000, para penyokongnya termasuklah kakitangan awam yang berjawatan di Kementerian Pelajaran, berduyun-duyun menghulurkan derma mencecah RM1.5 juta secara terkumpul. Malangnya, hasil kutipan tersebut tidak digunakan untuk membayar saman tersebut. Sebaliknya Rafizi Ramli mengakui wang berkenaan digunakan untuk membayar gaji, saham-saham INVOKE dan sebagainya.
Terkini, Notis Kebangkrapan telah dikeluarkan oleh pihak DS Dr Salleh dan NFC seperti di atas. Pastinya Rafizi Ramli sekali lagi akan menggunkan Notis Kebangkrapan tersebut untuk sekali lagi mengemis derma dari penyokong-penyokongnya. Mungkin ini kali terakhir Rafizi Ramli akan menikmati hasil derma pernokong-penyokongnya sebelum berehat di Bamboo River Inn.
Teknik Rafizi Ramli mendedahkan kesemua pendeposit penderma-penderma beliau ternyata memakan diri. Ada penderma-penderma beliau dikenal pasti sebagai penjawat awam persekutuan. Lebih menarik lagi beberapa nama seperti Lim Yan Zheng telah mendepositkan wang ke akaun Rafizi Ramli sekurang-kurangnya 4 kali dalam sehari dalam jumlah jutaan ringgit. Ini memberi indikasi kepada pihak berwajib terutama bagi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyiasat adakah ini modus opeandi pengubahan wang haram atau 'money laundering'.