DS @NajibRazak Kata Tun Dr Mahathir Bayar Jutaan Ringgit Ingin Bertemu Bush, Kalau Fitnah Samanlah @chedetofficial infomalay12.blogspot.com


Perdana Menteri, DS Najib Razak ketika berucap di hadapan hadirin yang menyambut kepulangan beliau di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam ini, mendedahkan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa pentadbirannya membayar jutaan ringgit untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu, George W Bush.
Perdana Menteri berkata, tindakan itu dilakukan melalui seorang pelobi yang bermastautin di Hong Kong dan ia dibayar melalui kontrak Tenaga Nasional Berhad (TNB). Beliau berkata,
Berjuta dibayar kerana nak sangat berjumpa dengan Bush tapi Dr Mahathir tidak dapat sambutan macam saya. Jadi jangan jadi hipokrit, kutuk pula lawatan saya. Lawatan ini bukan kerana saya tapi kerana Malaysia. Hubungan baik dengan China, Arab Saudi dan Amerika Syarikat adalah untuk Malaysia.
Kita mengharapkan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan tidak akan berdiam diri. Sekiranya perkara yang dinyatakan oleh Perdana Menteri tidak benar, beliau seharusnya menafikannya dan membuat saman malu. 
Ini memandangkan Tun Dr Mahathir telah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri untuk melobi berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :