Wakil rakyat PKR bidas menteri tunda perjanjian air Selangor infomalay12.blogspot.com

Wong Chen mendakwa kerajaan persekutuan tidak mampu membiayai perjanjian pengambilalihan aset air milik Splash oleh kerajaan Selangor.
Wong-Chen-Maximus-OngkiliPETALING JAYA: Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen membidas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili berhubung kelewatan pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) oleh kerajaan Selangor.
Wakil rakyat PKR itu yang membangkitkan isu berkenaan pada sesi khas waktu pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini berkata, kerajaan Selangor perlu mengawal sepenuhnya aset air untuk membolehkan penstrukturan semula sistem terbabit dalam usaha menyelesaikan krisis air berterusan di Lembah Klang.
Beliau turut mengkritik Maximus yang membuat dakwaan di Dewan Rakyat hari ini kononnya penundaan itu disebabkan kegagalan kerajaan Selangor membuat tawaran “pembeli dan penjual dengan rela” untuk aset itu.
Wong berkata, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sudah memberi respons Putrajaya melantik firma audit Deloitte untuk menjalankan penilaian ke atas Splash, tetapi sejak itu kerajaan persekutuan enggan mendedahkan penilaian Deloitte.
“Jadi, bagaimana kerajaan Selangor boleh membuat tawaran kerana jumlah pembiayaan datang daripada kerajaan persekutuan.
“Pandangan saya terhadap perkara ini mudah. Urus janji itu hanya boleh diselesaikan jika kerajaan persekutuan membiayainya sebagai pinjaman kepada kerajaan negeri,” kata Wong dalam status akaun Facebook beliau.
Ini katanya, ialah model standard untuk semua pengambilalihan aset air di Malaysia.
Wong mendakwa Putrajaya tidak mampu membiayai perjanjian itu kerana “kekurangan dana” dan mereka tidak mampu membayar “ansuran pertama 1MDB”.
Beliau merujuk kegagalan 1MDB membuat bayaran pertama pada 31 Julai lalu kepada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi, sebagai sebahagian penyelesaian membabitkan pertikaian hutang berjumlah AS$603 juta (kira-kira RM2.58 bilion).
1MDB dalam maklumkan bertulis kepada IPC berkata, bayaran akan dibuat bulan ini kerana masih menunggu dana sewajarnya.
“Jika itu kesnya, menteri itu hanya melengah-lengahkan masa dengan memberi alasan dan menyalahkan orang lain,” kata Wong.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :