Proses rasionalisasi 1MDB seperti yang dijaja oleh Arul Kanda Kandasamy serta dikalangan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) ialah proses memindahkan hutang-hutang 1MDB kepada syarikat-syarikat milik penuh kerajaan melalui MOF Inc, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Beliau menjelaskan segala yang diterangkan oleh Arul Kanda itu sudah pun diketahui umum.
"Umno-BN hanya mahu menggunakan Pas untuk mengurangkan kritikan rakyat terhadap penyelewengan-penyelewengan yang telah berlaku di dalam 1MDB," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Kesimpulan yang dibuat oleh Rafizi bahawa Pas berpuas hati dengan proses rasionalisasi 1MDB dan;Bahawa Pas merasakan perlu ada pemantauan ke atas syarikat-syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang mengambil alih aset dan hutang 1MDB itu
"Saya membaca beberapa kali laporan-laporan mengenai taklimat 1MDB oleh CEOnya Arul Kanda Kandasamy kepada pimpinan tertinggi Pas. Saya juga menonton rakaman sidang media oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS untuk memastikan saya tidak tersalah dengar.
"Saya tidak pasti sama ada pimpinan Pas yang hadir di dalam taklimat itu faham apa makna proses rasionalisasi 1MDB yang dihukumkan sebagai “memuaskan” itu," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas mengenai satu sidang meja bulat telah diadakan di Hotel de Palma, Ampang semalam, antara Pas dan Presiden 1MBD Arul Kanda yang antara lain menerangkan pelan rasionalisasi 1MDB.
Ahli Parlimen Pandan itu juga menjelaskan dengan menjual aset-aset negara kepada syarikat swasta dan asing, dengan harapan dana yang dibayar itu akan dapat mengurangkan hutang 1MDB disamping memindahkan hutang-hutang lain yang diwarisi semasa 1MDB membeli asetnya kepada pembeli baru itu. Contohnya, penjualan Edra kepada syarikat milik kerajaan China;
Menjual aset-aset negara kepada syarikat swasta dan asing, dengan harapan pembangunan di tanah-tanah itu akhirnya akan membawa keuntungan yang sebahagiannya akan dikongsi oleh Kerajaan Malaysia suatu ketika nanti.
Read More / Baca Lagi >>