Video Remaja Perempuan Dibelasah, Kantoi Mencuri Di Tasek Gelugor. infomalay12.blogspot.com

Pulau Pinang - Seorang remaja wanita telah ditangkap oleh orang ramai ketika dia sedang melakukan cubaan mencuri di sebuah rumah di sini pada hari ini.

Cubaan curi tersebut telah di patahkan oleh penduduk setempat yang bertindak menangkap remaja wanita tersebut serta telah bertindak mengadilinya.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah rumah di Kubang Menerong, Tasek Gelugor Pulau Pinang.

Satu rakaman video sekitar kejadian sempat dirakamkan dan telah di muat naik di laman media sosial serta telah dikongsikan oleh orang ramai.

Melalui rakaman tersebut kelihatan seorang wanita telah memegang rambut remaja tersebut sebelum menampar muka remaja berkenaan dipercayai wanita berkenaan merupakan tuan rumah yang menjadi mangsa kecurian tersebut.

Beberapa lelaki juga kelihatan telah membelasah remaja wanita tersebut selepas kantoi mencuri di kawasan perumah di kampung tersebut.

Walau bagaimanapun maklumat penuh sekitar kejadian tersebut masih belum dapat dikenal pasti serta masih belum diketahui lagi nasib remaja berkenaan sama ada telah diserahkan pada pihak polis ataupun tidak.

Subscribe to receive free email updates: