Polis akan ambil tindakan terhadap penganjur ‘Nothing to Hide’ infomalay12.blogspot.com

Khalid Abu Bakar berkata keselamatan sesuatu majlis adalah di bahu penganjur.
KUALA LUMPUR: Polis berkata pihak penganjur forum “Nothing to Hide” yang bertukar ganas Ahad lalu akan turut diambil tindakan kerana gagal menjamin keselamatan seperti mana dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman.
“Jangan penganjur ingat dia boleh lepas tangan begitu sahaja. Baca balik Akta Perhimpunan Aman itu,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada wartawan hari ini.
“Jadi pada saya adalah tidak elok kerana penganjur cuba menyalahkan polis dan dan sebagainya,” katanya.
Polis setakat pagi tadi menahan reman 13 orang disyaki mencetuskan kekecohan pada program anjuran Pemuda PPBM itu, selepas suar dan objek lain di ke arah pentas di Dewan Raja Muda Musa, ketika ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ia disusuli aksi tumbuk menumbuk melibatkan kumpulan yang dituduh mencetuskan kekacauan, memaksa penganjur menamatkan forum tersebut serta merta.
“Sepatutnya penganjur kena buat peraturan terhadap orang yang nak masuk, apa yang boleh dibawa, apa yang tak boleh dibawa dan sebagainya. Kerana dia bertanggungajwab ke atas keselamatan majlis itu,” kata Khalid.
Menurutnya, Akta Perhimpunan Aman menyebut secara jelas tanggungjawab penganjur dan tanggungjawab hadirin.
Khalid berkata polis tidak mengawal keselamatan di majlis Nothing To Hide sebaliknya mengawal di luar kerana tidak dijemput pada majlis berkenaan.
“Kalau kalau nak buat apa-apa majlis, faham dulu undang-undang itu. Kalau tak faham, mari bincang dengan kita, tanyalah polis.
“Dah jadi apa-apa, tanggunglah,” katanya.

Subscribe to receive free email updates: