Namun perkembangan terbaru mengenai penyanyi ini sememangnya mengejutkan peminat penyanyi ini mengenai perbalahan antara Saleem dengan anak kandungnya sendiri iaitu Syafiq Farhain.
Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, itulah perumpamaan yang dapat di gambarkan mengenai anak Saleem yang turut menceburi bidang nyanyian serta telah mendapat sambutan serta peminatnya yang tersendiri.
Namun begitu menurut Utusan On9, perbalahan antara bapa dengan anak itu telah heboh di perkatakan di media sosial serta telah menggegarkan dunia hiburan pada minggu ini.
Mengikut laporan Utusan On9, melalui temuramah bersama Saleem dan isterinya, Julia mereka cuba mendapatkan kisah di sebalik keputusan Saleem yang enggan namanya dikaitkan dengan Syafiq.
Melalui rakaman tersebut jelas memberitahu bahawa masalah ini sebenarnya berpunca daripada masalah peribadi antara ayah dengan anak malah Julia selaku isterinya juga turut meluahkan kekesalan terhadap anak Saleem itu.
Julia juga turut mengecam tindakan sesetengah pihak yang membidas Saleem serta dirinya tanpa mengetahui cerita sebenar kerana apa yang berlaku hanya mereka sahaja yang mengetahui jadi jangan nak pandai-pandai nak tulis berita semata-mata nak buat duit.
Masalah ini sebenarnya hanyalah merupakan hal peribadi, ayah bila terasa dengan anak tetapi anak pula mempunyai alasannya yang tersendiri mengenai kisah silamnya jadi penyelesaian yang terbaik adalah dengan mempertemukan anak dengan ayah bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Andai berbicara dari hati ke hati boleh saja selesai masalah ini dan lebih baik kalau tiada campur tangan dari pihak lain supaya masalah tersebut tidak menjadi lebih teruk.
Melalui salah satu komen dari netizen mengatakan bahawa tidak salah kalau mereka anak-beranak berbaik dan lagi elok kalau mereka bersatu lepas itu buat konsert bersama-sama pasti meletup persembahan mereka kan itu lebih baik daripada bersengketa, air yang di cincang tak kan putus. Sumber: Wartawan Jalanan