Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual melawat Pulau Pinang esok dan sekali gus menggempur kubu kuat bekas pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Permatang Pauh.
Menurut laporan, perdana menteri akan ke program ‘Makan Bersila Bersama PM” di Padang Politeknik Seberang Perai bersama kira-kira 20,000 hingga 25,000 orang.
Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata orang ramai dijemput menyertai Najib untuk menjamu nasi kandar dan masakan Melayu tradisional bagi mencipta rekod kebangsaan dari jam 10 pagi hingga 3 petang.
Bagaimanapun, Pemuda PKR merancang untuk mengadakan satu ‘flashmob’.
Bercakap kepada Malaysiakini, Timbalan Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang, Asrul Sani berkata kumpulan itu akan berhimpun di luar perkarangan politeknik itu.
"Kami bukan mahu cari gaduh.
"Kami hanya mahu bawa sepanduk 'Bebaskan Anwar Segera'," katanya.
Asrul berkata kumpulannya yang dijangka berjumlah kira-kira 30 orang itu akan mula berkumpul di sebuah stesen minyak bertentangan dengan politeknik itu pada jam 9 pagi sebelum menuju ke lokasi mereka.
Najib dijadualkan tiba pada jam 11pagi.
Ketika ini, kerusi parlimen Permatang Pauh dipegang oleh isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga adalah presiden PKR.
Anwar sedang menjalani hukuman lima tahun atas kesalahan meliwat yang dinafikannya berulang kali. Beliau sebaliknya mendakwa tuduhan itu adalah rekayasa Najib dan pentadbirannya manakala kerajaan menafikan bahawa kes itu adalah berdasarkan bukti palsu.