Pakatan Harapan Johor akan cabar semua kerusi Umno-BN infomalay12.blogspot.com



Pakatan Harapan (PH) Johor sudah pun bersiap siaga untuk merampas negeri Johor dengan mencabar semua kerusi Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
PH Johor PC 2Dalam sidang media diadakan di ibupejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Taman Kempas Utama Johor, hari ini,  Pengerusi Bersatu Muhyiddin Yassin berkata PH Johor berpendapat situasi dan keadaan di Johor sudah sampai ke tahap matang untuk PH ambil alih negeri itu daripada kepimpinan Umno-BN.
"Ini berdasarkan fakta data tinjauan yang telah dibuat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Stratgegi PH Johor menawan Johor daripada Umno-BN untuk mengerakkan jentera parti di semua peringkat di bawah Tuan Salahuddin, untuk menyusun dengan strategi tepat dan ingin tentukan persiapan PRU disetiap kawasan Parlimen dan Dun.
"Kesemua kerusi akan dicabar terutama kerusi di  BN.
"Kita mahu persiapan sampai ke PDM (Pusat Daerah Mengundi) dalam kerangka yang diputuskan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Jentera parti diperingkat akar umbi di bilik gerakan sudah disediakan bagi meninjau tahap kesiap siagaan setiap parti iperingkat negeri Johor," ujarnya.
Muhyiddin turut berkata, proses rundingan kerusi PH di negeri itu sudahpun dimulakan di peringkat Parlimen dan sebahagiannya sudah diputuskan dan akan mula berunding bagi kerusi Dun di negeri itu.
"Hari ini (mesyuarat hari ini) kita ada bincang untuk segerakan perundingan itu (pembahagian kerusi Dun) untuk memudahkan parti beri perhatian di kawasan berkenaan.
"Secara rasmi sudah diputuskan dan menunggu di bawa rundingan di peringkat nasional.Jika ada pertindihan antara parti kita akan selesaikan bersama.
"Semangat yang kita mahu wujudkan dalam perbincangan adalah persefahaman
"Saya fikir keputusan muktamad akan dibuat pucuk pimpinan PH di peringkat pusat dan pimpinan parti yang ada untuk menentukan siapa yang akan mengepalai negeri ini kelak," ujarnya yang menolak tanggapan bahawa berkemungkinan beliau akan memimpin negeri itu sekiranya PH menang PRU akan datang.

J/K PH Johor dibentuk:  Muhyiddin dilantik Pengerusi, Salahuddin Pengarah Pilihan Raya
Hari ini diadakan mesyuarat pertama Pakatan Harapan Negeri Johor  yang turut mengumumkan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Johor dan Salahuddin Ayub dilantik Timbalan Pengerusi Negeri dan Pengarah Pilihan Raya Negeri manakala Timbalan Pengarah Pilihan Raya dilantik Ir Mad Nasir Hashim dari Bersatu.
Setiap parti gabungan telah melantik tiga wakil untuk berada dalam jawatankuasa di peringkat negeri.
Bagi jawatan Setiausaha Pakatan Harapan dilantik Datuk Osman Sapian (Bersatu) dan Bendahari Gan Tek Cheng (DAP).
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :