Orang Melayu suka jumpa ‘musuh’ mereka, sindir Dr M infomalay12.blogspot.com

Dr Mahathir persoal jika benar beliau musuh orang Melayu, mengapa beribu-ribu orang Melayu datang mendengar ceramahnya.
Khairul-Azwan-HarunPUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini secara menyindir berkata berbondong-bondong orang Melayu hadir ke majlisnya, mengulas kritikan bahawa beliau adalah musuh utama orang Melayu.
“Sebab itulah ketika saya bagi ceramah dan ucapan, ramai orang Melayu datang kerana mereka suka melihat musuh mereka,” kata bekas perdana menteri itu dalam temu bual dengan FMT.
Tindakan Dr Mahathir bekerjasama dengan gabungan parti pembangkang seperti DAP menyebabkan seorang pemimpin Umno baru-baru ini mengisytiharkannya sebagai “musuh utama” orang Melayu.
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun juga berkata bekas pemimpin Umno itu memusnahkan parti yang pernah dipimpinnya.
Dr Mahathir yang kini pengerusi gabungan 4 parti Pakatan Harapan (PH) berkata, jika benar beliau musuh orang Melayu, mengapa beribu-ribu orang Melayu datang mendengar ceramahnya.
“Seperti ceramah yang saya di Ipoh beberapa hari lalu, beribu-ribu yang datang, kebanyakannya orang Melayu, adakah mereka datang untuk melihat musuh mereka?” soal beliau sambil menambah orang ramai mendengar ceramahnya hingga lewat tengah malam.
“Ini bermakna ‘musuh orang Melayu’ ini sangat popular dalam kalangan orang Melayu. Itu sangat kelakar,” katanya.
Dr Mahathir keluar Umno tahun lalu untuk membentuk PPBM selepas mengisytiharkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak layak memerintah negara berikutan kontroversi melibatkan 1MDB.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :