Bukti : Pembohongan & Senarai Kezaliman Kerajaan DAP infomalay12.blogspot.com

Jika kita mengikuti pertunjukan sarkas kepimpinan dan kerajaan DAP, kita akan tahu bila masanya Guan Eng tertekan dan cornered dalam sesuatu isu.


Beliau akan memberi jawapan dangkal dan mencabar IQ kita yang waras.

Sebelum ini beliau menjawab beliau bukan ajen hartanah maka beliau 'tidak tahu harga pasaran' banglo terlajak murah milik beliau.

Tak masuk akal kerana Guan Eng DAP bukan sahaja Ketua Menteri tetapi beliau memegang potfolio Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah. Beliau juga seorang akauntan bertauliah.

Tambahan pula, pembelian aset banglo terlajak murah ini bukan yang pertama oleh Lim Guan Eng. Beliau juga memiliki 2 rumah kedai di Melaka. Beliau pun tak mahu tahu harga pasaran 3 rumah kedai itu?!

Dan apabila kredibiliti kerajaan DAP Pulau Pinang tercalar teruk dan CAT layak dibakul sampahkan kerana isu kilang haram di Kampung Sg. Lembu, Guan Eng sekali lagi memberi jawapan yang dangkal dan tidak logik.

Beliau mendakwa 'tidak mengambil tindakan terhadap semua bangunan, rumah ibadat atau penjaja yang beroperasi secara haram dan wujud sebelum 2008'.

Guan Eng DAP mendakwa perkara itu dijadikan sebagai 'dasar kerajaan DAP selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada 2008'.

Ada 2 perkara yang mesti dijawab oleh Guan Eng, itu pun jika beliau berani.

1. Apakah benar wujud 'dasar kerajaan' itu dan bilakah dasar itu diluluskan oleh majlis mesyuarat exco negeri?

2. Terdapat beberapa pembinaan yang dibina SEBELUM tahun 2008 tetapi telah dirobohkan oleh kerajaan DAP. Di antaranya :
a. Kafe Do Re Mi milik Melayu (mula 1999) - ROBOH

b. Three N Ikan Bakar, Bukit Dumbar milik Melayu (mula 2004) - ROBOH

c. 3 gerai makan milik Melayu di Jalan Sungai Dua berhampiran USM (mula 1999) - ROBOH

d. 13 buah gerai peniaga Melayu di sepanjang Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang (mula 3 dekad dulu) - ROBOH

e. Gerai International Char Kue Tiau, Batu Ferringghi milik Melayu (mula 2002) - ROBOH

f. 10 gerai milik Melayu di Jalan Mak Mandin (mula 20 tahun dulu) - ROBOH
Kenapakah gerai dan kedai milik Melayu yang beroperasi sebelum 2008 dirobohkan dengan zalimnya oleh kerajaan DAP?

Bukankah mereka jelas telah membohongi seluruh rakyat Pulau Pinang?

Yang lebih memalukan ialah apabila Lim Guan Eng cuba berselindung di belakang kerajaan BN sebelum beliau walau pun telah mentadbir negeri lebih daripada 9 tahun.

Tabiat menuding jari ke pihak lain ini bukan sahaja memualkan tetapi turut menyerlahkan kepondanan cauvinis DAP.

Mereka kononnya memperjuangkan perubahan di Pulau Pinang tetapi segalanya itu hanya janji-janji manis pilihanraya yang ternyata telah memperbodoh-bodohkan seluruh rakyat Pulau Pinang.


Rujukan:

http://ift.tt/2w0FzLs

http://ift.tt/2vHFpGd

http://ift.tt/2w1vldP

http://ift.tt/2vIGDB4




Subscribe to receive free email updates: