Kumpulan aktivis beri amaran bahaya kelompok 'kartel' infomalay12.blogspot.com



Gerakan Aktivis Harapan (GAH) memmberi amaran bahaya kewujudan kelompok parasit yang dipanggil sebagai 'kartel' dalam salah satu komponen blok pembangkang itu.
Menurut kumpulan aktivis diwakili penyokong Amanah, PKR, DAP dan PPBM itu, terdapat unsur yang dilihat memudaratkan Pakatan Harapan termasuk cubaan mendominasi dan membentuk proksi.
Zanirun Baba tengah dalam sidang media di ibu negara malam tadi"Ada sikap pemimpin Pakatan Harapan yang memperlihatkan sikapnya enggan memperkukuhkan Pakatan Harapan sehingga terbit kata nama 'kartel'.
"Sekarang ini, GAH melihat adanya elemen-elemen yang akan dan telah pun merosakan Pakatan Harapan. Perkara ini dilihat bakal menjadi barah kepada Pakatan Harapan.
"Mereka (kelompok kartel) ini mahu menjadi tuan dan mahu mendominasi Pakatan Harapan.
"Mereka ini telah membentuk proksi sendiri bukan sahaja di Selangor malah di beberapa negeri dengan mengangkat diri sendiri dan berpura-pura mendakwa diri sebagai juara," tegas jurucakap GAH, Zanirun Baba.
Bercakap pada sidang media di ibu negara semalam, beliau mendakwa kelompok 'kartel' turut cuba membentuk persepsi kononnya pihak istana terbabit dalam mencampuri dan menghalang tindakan politik.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: