KETUA PEMBANGKANG HARAP PERALIHAN KUASA YANG BAIK infomalay12.blogspot.com


Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memastikan peralihan kuasa yang baik jika mereka berjaya membentuk kerajaan baru nanti.
“Saya ingin mencadangkan agar Datuk Seri Najib tidak memperlekeh kekuatan dan iltizam Pakatan Harapan dalam membina Malaysia yang lebih baik,” katanya.
“Dan sebaliknya beliau perlu mengumumkan bahawa beliau bersedia menerima kehendak rakyat dan memastikan peralihan kuasa yang baik sekiranya Pakatan Harapan pilihan raya umum ke-14 nanti.”
Pilihan raya umum harus diadakan selewat-lewatnya Julai tahun depan.
‘Takut perompak diheret ke mahkamah’
Dalam kenyataan hari ini, beliau turut membidas langkah Najib memburuk-burukkan HARAPAN dalam acara bersama masyarakat perniagaan di ibu negara hari ini.
“Kenyataan Datuk Seri Najib hari ini menunjukkan betapa takutnya beliau sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU14, maka para kleptokrat dan perompak wang rakyat akan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.
Dalam program InvestKL, Najib mendakwa pembangkang sedang berada dalam keadaan huru-hara, dengan mengambil contoh di Selangor sama ada masih terdapat kerjasama PKR dan PAS.
“Keadaan macam pertunjukan Punch and Judy,” katanya merujuk kepada persembahan boneka British yang mempunyai unsur keganasan.
Najib juga mengutuk kerjasama DAP dan Penegrusi HARAPAN Tun Dr Mahatir Mohamad yang ditentang pemimpin itu sebelum ini.

Subscribe to receive free email updates: