Sayang Sungguh JASA Kepada Jho Low.. infomalay12.blogspot.com

‘Kerr patut pulangkan berlian kepada Jho Low, bukan DOJ'


Tidak ada keperluan untuk model Australia Miranda Kerr memulangkan barangan emas, termasuk berlian yang dihadiahkan kepada Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, kata seorang anggota badan propaganda kerajaan, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Tun Faisal Ismail Aziz, yang menganggotai panel penasihat JASA, sebaliknya berkata, Kerr sepatutnya memulangkan barangan kemas itu kepada Jho Low, ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang.

Beliau berkata ini kerana tidak ada bukti bahawa Low telah menggunakan dana yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB untuk membeli barangan tersebut.

“Tidak menjadi kesalahan jika Miranda Kerr mahu 'memulangkan’ set barang kemas berlian yang diberikan oleh Jho Low kepadanya. Cuma kenapa perlu 'memulangkan' atau menyerahkannya kepada DOJ?

“Jika mengikut proses perundangan, lebih wajar Kerr menyimpan dahulu barangan kemas tersebut.

“Atau mungkin lebih wajar memulangkannya kepada Jho Low sehingga DOJ mendapat perintah mahkamah dan mendapat hak untuk menyimpan dan mengambil alih barangan kemas ini,” katanya posting di Facebook hari ini.

Kerr semalam dilaporkan telah menyerahkan set barangan kemas bernilai lebih AS$8.1 juta kepada DOJ.

Low dituduh menghadiahkan barangan kemas, termasuk berlian dalam cubaannya untuk memikat model antarabangsa dari Australia.

DOJ sedang berusaha untuk merampas barangan kemas itu, sebagai sebahagian daripada Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi (KARI), yang bertujuan memulangkan dana yang didakwa dicuri dari negara-negara yang terjejas.

Tun Faisal berkata selain tidak mempunyai hak untuk merampas barangan kemas Kerr, konteks saman sivil DOJ juga dipersoalkan.

“Sebenarnya selain kewajaran memulangkan barangan kemas ini kepada DOJ yang bukan 'pemilik yang berhak' atau 'penjaga yang telah diberi hak oleh mahkamah AS' untuk menyimpan barangan kemas ini, terdapat juga polemik tentang kewajaran menyerahkan barangan kemas ini kepada DOJ berdasarkan konteks saman sivil ini.

“Apabila Kerr menyerahkan barangan kemas ini kepada DOJ, adakah Kerr berpandangan DOJ akan menjualnya dan memulangkan wang hasil jualan tersebut kepada 1MDB dan rakyat Malaysia dalam keadaan 1MDB berulang kali menyatakan wangnya tidak dicuri?” soalnya.

Beliau juga mengulangi kenyataannya bahawa dana yang dilaporkan diselewengkan seperti yang disebut dalam saman DOJ lebih tepat lagi adalah daripada syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC), milik Abu Dhabi dan bukan 1MDB.

Selain 1MDB, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, turut menafikan dakwaan DOJ bahawa dana firma pelaburan negara itu telah diselewengkan.

Dalam pemfailan 251 halamannya pada 15 Jun lalu, DOJ mendakwa bahawa antara Februari dan November 2014, Low membeli empat set batu permata dari pereka barangan kemas Lorraine Schwartz sebagai hadiah untuk Kerr.

Yang pertama adalah berlian berbentuk hati 11.72-karat bernilai AS$1.29 juta yang diberikan Low kepada Kerr sebagai hadiah Hari Valentine.

Low didakwa membelinya menggunakan dana yang diselewengkan dari 1MDB hasil terbitan bon pada tahun 2013.

- mkini







Subscribe to receive free email updates: