[KUANTAN] IBU EMPAT ANAK DERITA SAKIT BUAH PINGGANG KRONIK infomalay12.blogspot.com


Ibu empat anak derita sakit buah pinggang kronik


Ibu kepada empat cahaya mata reda dengan ketentuan ALLAH, meskipun setiap hari dilaluinya penuh cabaran susulan penyakit dihidapinya.

Nurul Wahida Abdullah, 30, kini menanggung derita selepas disahkan menghidap penyakit buah pinggang tahap lima, pada November tahun lalu.

Menurutnya, sejak disahkan sakit, dia terpaksa diagnosis dan ubat-ubatan juga sudah tidak boleh dipisahkan dengannya.

Nurul Wahida berkata, pada mulanya dia tidak menyangka sesak nafas yang dihadapinya pada November tahun lalu merupakan petanda penyakit buah pinggang tahap serius.

“Saya tak demam berpanjangan. Tak ada sakit pelik-pelik. Tapi masa saya nak dapat penyakit ni saya sesak nafas. Kemudian suami saya, Mohd Khairul Azhar Nasahar bawa saya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan. Bila sampel dan pemeriksaan dilakukan saya disahkan menghidap penyakit buah pinggang tahap serius dan memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup.

“Pada waktu hanya ALLAH saja yang tahu perasaan saya. Rasa masa depan gelap dan saya terpaksa berhenti kerja akibat sakit ini,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui di rumahnya di Taman Inderapura di sini, semalam.

Katanya, dengan bergantung kepada suaminya yang bekerja kontraktor dan memperoleh pendapatan tidak tetap.

Malah katanya, dia tidak mampu menampung kos rawatan dialisis mencecah RM200 sekali rawatan.

“Dua kali seminggu saya perlu melakukan rawatan susulan di HTAA bagi membolehkan sakit buah pinggang dialami itu dapat dipantau. Kos setiap kali proses dialisis dan ubat-ubatkan dijalankan kira-kira RM100 hingga RM200 untuk sesi rawatan.

“Jika buah pinggang tidak dicuci, saya akan mudah pengsan dan tidak bermaya. Saya kini hidup dalam kesempitan tambahan pula anak masih bersekolah,” katanya.

Nurul Wahida turut memaklumkan dia masih memerlukan sumbangan bagi membolehkan pembedahan segera dijalankan.

Selain itu, dia turut meminta ihsan daripada orang ramai supaya dapat menyumbangkan buah pinggang kepadanya.

“Saya masih kumpulkan dana.. Bila dah cukup baru boleh pembedahan dilakukan.. Saya perlu kira-kira RM50,000 untuk pemindahan buah pinggang,” katanya.

Orang yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi suami Nurul Wahida di talian 017-3081610.


Subscribe to receive free email updates: